Friday, December 6, 2013

Tanyalah Ustaz Siri 20 (Derma Organ, Hukum Aqiqah, Membeli Dikedai Orang Islam, Ibadah Korban dan Mandi Wajib)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 20 adalah menjelaskan persoalan derma organ, hukum aqiqah, membeli di kedai orang Islam, ibadah korban dan mandi wajib dengan berbogel.

96. Soalan : Ustaz,apa hukumnya menderma organ ? Mohon pencerahan tentang hal ini...sebab saya ingin menderma derma  tapi sesetengah orang cakap orang Islam tak boleh...dan bila saya berjumpa orang lain jawapannya kata boleh. Mana satu yang betul? 

Jawapan :


Menderma organ adalah umpama kita memberi makan kepada orang yang sedang kelaparan. Kita pernah mendengar kisah di mana seorang pelacur telah mendapat balasan yang baik dari Allah Kerana memberikan seekor anjing minuman yang sedang kehausan. Dengan menderma organ bermakna kita memberi sebab kepada seseorang itu untuk terus hidup. Soal dia itu nak buat baik atau tidak itu adalah antara dia dengan Allah. Tiada kaitan dengan kita .

Saya difahamkan bahawa seseorang yang mengistiharkan untuk menderma organnya apabila dia meninggal dunia, pihak hosoital tetap akan meminta izin waris simati sama ada membenarkan untuk pihk hospital mengambil organnya. Jadi perkara ini akan menjadi hak pula kepada waris si mati dan simati tidak mempunyai untuk menyalahkan waris sebab siwaris telah bersetuju dengan syarat-syarat yang terkandung dalam borang pengistiharan derma derma yang di tandatangan sendiri olehnya,

Derma organ adalah satu perkara baru di zaman sekarang ini kerana kecangihan teknologi perubatan boleh memindahkan organ dengan selamat. Ulama zaman ini telah memberikan beberapa fatwa. Perspektif Islam terhadap Pemindahan dan Pendermaan Organ

Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah s.a.w. kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada maqassid al-syariah (matlamat syariah) adalah untuk memelihara nyawa. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar. Di Malaysia, fatwa mengenai keharusan pendermaan dan pemindahan organ telah dikeluarkan semenjak bulan Jun 1970 lagi.

Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa.

Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:

1. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.

2. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.

3. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggotanya.


4. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.

97. Soalan : Saya hendak tanya ... adakah amalan aqiqah boleh di buat sekali dengan mencukur jambul? Apakah amalan aqiqah dan mencukur jambul yang mengikut sunnah nabi.? Boleh ustaz terangkan..

Jawapan :


Sunat-sunat Aqiqah ialah: 

1. Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran .

2. Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi) .

3. Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan 

4. Memberi nama yang baik kepada bayi 

5. Berdoa ketika hendak menyembelih 

6. Daging dimasak manis. Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak. 


7. Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hadis riwayat dari Abu daud, Tirmizi dan an-Nasai , nabi Muhamamd SAW bersabda, " Setiap anak yang lahir tergantung pada `aqiqahnya. hendaklah di `aqiqah'kan dengan menyembelihkan kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu juga dan dicukur kepalanya'.

Yahya bin Bakr meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahwa Rasulullah SAW memerintahkan untuk mencukur rambut Hasan pada hari ketujuh setelah kelahirannya. Lalu rambutnya dicukur dan beliau mensedekahkan perak seberat rambut tadi. Ada beberapa dalil yang menjadi dasar sedekah cukuran rambut yang dinilai dengan emas atau perak, di antaranya:

Imam Malik meriwayatkan hadits dari Ja'far bin Muhammad dari ayahnya, ia berkata,

Fatimah r.a. menimbang rambut Hasan, Husain dan Zainab, dan Ummu Kultsum, lalu berat timbangan rambut tersebut diganti dengan perak dan disedekahkan.


Membuat aqiqah pada hari ketujuh selepas kelahiran jika ada kemampuan, jika tidak buatlah hari ke 14 dan jika tidak maka buatlah pada hari ke 21, jika tidak ada kemampuan atau kemudahan, maka bolehlah pada bia-bila hari jua pun. Wallahu a'lam.

98. Soalan : Ustaz, saya ingin bertanya. Selalu sahaj saya bandingkan harga antara kedai Melayu Islam dengan kedai bukan Islam. Ternyata harga barang lebih murah di kedai bakan Islam. Jadi yang manakah lebih afdal untuk saya membeli dikedai orang Islam atau kedai bakan Islam yang lebih jimat untuk ekonomi saya? Mohon pnjelasan...

Jawapan :



Kita diharuskan bermuamalah dengan orang bukan Islam. Maksudnya kita boleh membeli barang-barang dikedai org bukan islam. Tetapi jika ada kedai orang islam kita kena beri keutamaan kerana terdapat beberapa kebaikan membeli di kedai orang Islam walau pun harganya sedikit lebih berbanding dengan harga orang bukan islam. 

Terdapat 3 kebaikan membeli dikedai orang Islam : 

1. Kita telah membantu saudara seagama kerana Allah SWT menyuruh kita berkasih sayanag sesama muslim. 

2. Wang yang berada ditangan umat islam akan jatuh ketanggan umat Islam sendiri -jika org islam mendapat keuntungan dia akan berzakat, bersedekah dan memberi nafkah keluarganya sedikit sebanyak kita juga akan mendapat saham pahala kebaikan yang dilakukan oleh seorang peniaga muslim. 

3. Jika kita tolong saudara kita di dunia maka Allah SWT akan tolong kita di akhirat. 

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim). 

Yakinlah setiap sen wang yang lebih kita terpaksa keluarkan untuk membeli barang daripada kedai muslim akan dibalas berlipat ganda oleh Allah SWT jika kita tolong kerana Allah SWT. Wallahu a'lam

99. Soalan : Saya ada kemusykilan hendak bertanya dengan ustaz,dalam melaksanakan ibadah korban,serta aqiqah,di bolehkan ke kita letak nama anak tiri dan anak kandung untuk berkongsi korban or aqiqah?

Jawapan :


Disyaratkan aqiqah untuk seorang anak lelaki menyembelih 2 ekor dan perempuan seekor kambing, Kalau lembu lelaki sebanyak 2 tompok dari 7 bahagian seekor lembu manakala perempuan pula adalah setompok dari 7 bahagian seekor lembu.Bagi ibadah korban, tiada disyaratkan 1 atau 2 tompok atau seekor atau 2 ekor kambing.Boleh sahaja kalau nak buat seekor atau setompok atau sebagainya. Perkongsian korban ini dibolehkan hanya untuk diri kita dengan orang yang telah meninggal dunia (walaupun simati tidak meninggalkan wasiat). Jika si mati meninggalkan wasiat maka wasiat itu mengikut apa yang diwasiatkan dan tidak boleh berkongsi dengan yang masih hidup. Wallahua'lam.

100, Soalan : Saya nak tanya,apakah hukumnya mandi wajib dalam keadaan berbogel?.Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan :


Mandi wajib dengan telanjang bulat di dalam bilik air yang tertutup dan berkunci hukumnya makruh dan sebahagian ulama mengatakan harus.

 Dalam kitab Fathul Muin bahawa:

وجاز تكشف له اى للغسل فى خلوة او بحضرة من يجوز نظره الى عورته كزوجة او أمة والستر افضل وحرم ان كان ثم من يحرم نظره اليها كماحرم فى الخلوة بلاحاجة وحل فيها لأدنى عرض كما يأتى


Boleh membuka aurat (telanjang bulat) ketika mandi kerana khalwat (sendirian), atau (boleh juga membuka aurat) di depan orang yang diperbolehkan memandang auratnya seperti isterinya. Namun menutup aurat lebih afdhal. Dan haram membuka aurat jika di sana ada orang yang terlarang (tidak diperbolehkan) melihatmya. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment