Sunday, January 26, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 48 (Taubat Nasuha, Terhidu Asap Rokok, Hukum Mendengar Muzik, Hukum Memakai Purdah Dan Pernikahan Wanita Mengandung Anak Luar Nikah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 48 adalah menjelaskan persoalan bertaubat nasuha, terhidu asap rokok, hukum mendengar muzik, hukum memakai purdah dan pernikahan wanita mengandung anak luar nikah.

296. Soalan : Ustaz,saya ingin bertanya berkenaan hukum haram adakah yg dikatakan haram itu dosa besar contohnya mencuri. Satu lagi soalan adakah seseorang yang sudah bertaubat tapi masih melakukan dosa yang sama bermaksud Allah tidak terima taubat dia? Mohon pencerahan..terima kasih.

Jawapan  

Setiap sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT hukumnya haram dan berdosa. Dosa ada 2 jenis iaitu dosa kecil dan dosa besar. Dosa kecil cara untuk membersihkannya boleh dilakukan dengan beristighfar kepada Allah SWT. Contoh dosa kecil adalah melihat wanita dengan nafsu. Tetapi dosa besar pula untuk membersihkannya adalah dengan bertaubat nasuha dengan bersungguh-sungguh, berazam tidak melakukannya lagi, dan menjauhi suasana yang akan mendorong perbuatan dosa tersebut. Dosa besar ada banyak contoh mencuri, minum arak, berzina dan sebagainya. 

Allah SWT sentiasa terbuka untuk menerima taubat para hamba-hamba-Nya yang berdosa tetapi jika hamba-Nya tidak bersungguh-sungguh dan suka langgar azam yang dibuatnya sendiri dikhuatiri hatinya menjadi keras dan berpenyakit. Jika ini berlaku hatinya tidak lagi mahu bertaubat dan tertutup pintu hidayah maka ini akan menjadi bala yang besar kepada seseorang. Oleh itu jika sudah mula bertaubat nasuha pastikan istiqamah dan jangan kembali kepada perbuatan lama yang membinasakan. Wallahua'lam

297. Soalan : Adakah terbatal wuduk seseorang jika terhidu asap rokok orang sekelilingnya?terima kasih.?

Jawapan :  

Wuduk tak batal tetapi kesannya cukup merbahaya. Oleh itu jauhilah asap rokok daripada penghisab rokok kerana kesan terhidu asap rokok lebih merbahaya daripada asap rokok yang disedut oleh penghisap rokok sendiri. Jika penghisap rokok menghisap rokok dirumah semua ahli keluarganya akan menjadi mangsa (isteri dan anak-anaknya) kesannya akan membawa banyak penyakit kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok. Perokok perlulah berlaku adil kepada ahli keluarganya kerana sebagai ketua keluarga beliau tak sepatutnya membawa penyakit daripada tabiat ketagih menghisap rokok.

298. Soalan : Sedikit persoalan ingin ditanyakan..Seperti mana yg kita tahu muzik ada dimana mana..Apakah hukum mendengar muzik?

Jawapan : 

Mendengar muzik diharuskan dengan beberapa syarat iaitu tidak melalaikan kewajipan kepada Allah SWT , senikata lagi bukan mengajak melakukan maksiat dan muzik / lagu yang di dengar mengajak kepada kebaikkan dan amal makruf. 

Perbuatan mendengar termasuk perbuatan jibiliyyah, sehingga hukum asalnya adalah boleh (harus). Mendengar suara apa sahaja di bolehkan, suara gemericik air, suara halilintar, suara binatang, juga suara manusia termasuk di dalamnya nyanyian. Hanya sahaja di sini ada sedikit peringatan bahawa jika suara yang terdengar berisi suatu aktiviti maksiat, maka meskipun mendengarnya mubah, tetapi jika senikatanya mengajak kepada maksiat maka tidak harus kita mendengarnyaa. Misalnya kita mendengar nyanyian seseorang mengatakan, “Saya akan membelai dirimu!” , "hidupku tidak bererti jika kau tidak disampingku". Membelai seorang wanita sebelum berkahwin adalah haram dan meletakkan hidup untuk wanita juga haram hukumnya kerana kita hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu semua senikata lagu yang mengajak kepada maksiat adalah dilarang mendengarnya kerana penyanyi tersebut mengajak kepada perkara dosa dan maksiat.

Jika senikata nyanyian itu mengandungi kemungkaran, kita tidak dibolehkan berdiam diri dan perlulah kita tegur dan memberi nasihat, sekiranya tak mampu maka membenci di hati, ini adalah selemah-lemah iman.

Nabi SAW bersabda: “Siapa saja di antara kalian melihat kemungkaran, ubahlah kemungkaran itu dengan tangannya (dengan kuasa). Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya (ucapannya). Jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya (dengan tidak meredai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim, an-Nasa’i, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Jika kita tidak mampu mencegahnya maka janganlah di dengar nyanyian tersebut dan kita benci dalam hati , jika kita beli CD nyanyian mengandungi unsur maksiat tersebut hukumnya haram kerana kita bersubahat dengan perkara yang haram.

299. Soalan : Saya ingin bertanya, apakah hukum memakai purdah?dan dihadapan siapa sahaja yang kita boleh buka purdah?

Jawapan :  

Madzhab Maliki

Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai cadar hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah. Bahkan sebagian ulama Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita adalah aurat.
* Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara indahnya juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh laki-laki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekedar melihat ataupun untuk tujuan pengobatan. Kecuali jika khawatir timbul fitnah atau lelaki melihat wanita untuk berlezat-lezat, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176) Pendapat madzhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai cadar hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah.

* Asy Syaranbalali berkata:

وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih dan merupakan pilihan madzhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)

Madzhab Syafi’i

Pendapat madzhab Syafi’i, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai cadar di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat mu’tamad madzhab Syafi’i.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’kamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti laki-laki, yaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

Mazhab Hambali

* Imam Ahmad bin Hambal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“Setiap bagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

* Syaikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:

« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, karena wajah bukanlah aurat di dalam shalat. Adapun di luar shalat, semua bagian tubuh adalah aurat, termasuk pula wajahnya jika di hadapan lelaki atau di hadapan banci. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha” (Raudhul Murbi’, 140)

Kesimpulannya 

Bahawa sesugguhnya menutup muka (memakai purdah adalah sunat bukan wajib).
Boleh buka muka (purdah) ketika dirumah sendiri walau pun ada saudara mara yang bukan mahram di rumah seperti abang ipar, sepupu atau suami kepada mak saudara. Ketika mengajar disekolah berhadapan dengan anak murid di haruskan .

300. Soalan : Saya ada seorang rakan yang baru saja melangsungkan perkahwinan.ketika itu,si isteri telah berbadan dua..selepas sebulan setengah mendirikan rumah tangga,si isteri telah melahirkan anak hasil dari mereka sebelum nikah.saya nak tanya,adakah status nikah mereka itu sah?

Jawapan : 

Nikah tersebut sah tetapi anak kandungan yang dilahirkan adalah anak luar nikah atau anak tak sah taraf. Anak tersebut tidak boleh di bin atau bintikan bapa tersebut kerana bayi yang dikandung oleh wanita tersebut bukan daripada pernikahan yang sah. 
Di dalam kes zina ini huraian ulama adalah seperti berikut :
Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung’ akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : “..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati”

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح
Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadis yang ertinya :

“Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

Abu Basyer Dalam kes yang saudara kemukakan ini, wanita yang telah melakukan zina dengan lelaki tersebut maka anak yang dilahirkan adalah anak wanita tersebut darisegi keturunannya tetapi bukan anak kandung untuk lelaki tersebut kerana mereka tidak bernikah. Apabila mereka berdua berkahwin maka anak luar nikah tadi secara otomatik menjadi anak tiri kepada lelaki tersebut . Mereka (bapa dan anak luar nikah) telah menjadi mahram dan mereka boleh bersalaman. Wallahu a'lam





1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete