Wednesday, January 29, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 49 (Berpoligami, Melakukan Khianat, Berdoa Untuk Ibu bapa Yang Belum Islam, Doa Untuk Sahabat, Menolak Hadiah Dan Hukum Bertato.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 49 adalah menjelaskan persoalan berpoligami, hukum melakukan khianat dan dengki, berdoa kepada ibu bapa yang bukan Islam, doa untuk sahabat, hukum menolak pemberian hadiah dan hukum bertato.

301. Soalan :  Ustaz.. Ada ustazah ni cakap dia tidak penah jumpa hadis yang mengatakan isteri yang memberi izin suami menikah lagi(dimadukn) akan mendapat payung emas di akhirat nanti. Betul ke tu hanya perumpamaan kita sahaaj?

Jawapan :  

Tidak terdapat hadis yang sahih mengatakan isteri yang membenarkan suami berpoligami mendapat payung emas. Tetapi darisegi hukum isteri yang membenarkan suaminya bermadu dan dia redha akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT kerana sanggup berkongsi rezeki dan kasih sayang dan mentaati suami.

Syarat berpoligami tak perlu mendapat kebenaran isteri kerana banyak faktor suami berpoligami. Isteri tak boleh menghalangnya kerana ianya di halakan oleh Allah SWT. Isteri dikira tidak mentaati suami apabila menghalang dan menimbulkan perang besar jika suami berpoligami. Seorang isteri yang solehah akan memudahkan bukan menyulitkan dan adil itu adalah tanggungjawab suami, isteri tak tanggung dosa jika suami tak adil tetapi menghalang itu satu amalan yang tidak di haruskan berlaku .Suami yang tidak adil akan berjalan tempang di akhirat, dia kena berlaku keadil-adil yang mampu. Tetapi isteri yang memutuskan silaturahim dan menghasut anak-anak membenci ayahnya sendiri dan meminta cerai termasuk di dalam memutuskan silaturahim. "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Riwayat Al-Imam Muslim)

Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak. Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan silaturahim dalam berkeluarga dan memutuskan hubungan di atara anak-anak dan ayahnya sendiri.


Masaalah berpoligami sudah menjadi masaalah masyarakat umat Islam. Poligami adalah hukum Allah SWT yang wajib diyakini oleh semua umat islam yang beriman kepada kitab suci al-Quran nul karim. Kelemahan seorang suami menjalankan hidup berpoligami tidak boleh merendahkan seseorang yang mampu berpoligami. Kerana terdapat suami yang berkemampuan tetapi hampir 90% mendapat tentangan isteri kerana ketidak fahaman mereka terhadap halalnya poligami. Suami yg mampu tetapi mendapat tentangan daripaad isteri hingga sanggup meminta cerai sedangkan berpoigami adalah diharuskan. Terdapat 4 jenis hukum berpologami untuk seorang suami iaitu wajib, sunat, harus, haram dan makruh.


302. Soalan : ustaz.... saya pernah di aniaya oleh golongan yang dengki keatas diri saya... dalam tahun 2013. 4 kali cermin kereta saya di pecah kan di tempat yang sama....dan oleh orang yang sama.. saya kenal siapa yg buat kerja ni... tapi saya tak nak keadaan menjadi keroh... saya tak buat laporan polis... sebab yang khianati saya masih ada anak isteri.... saya fikir kalau dia masuk penjara kesian pada anak isteri dia.. kawan-kawan saya pun semua marahi saya, kutuk saya sebab berdiam diri dalam hal ini.... adakah itu jalan terbaik untuk saya?

Jawapan : 

Dalam Islam seseorang yang melakukan jenayah sesorang jika sabit kesalahan akan dihukum qisas. Saudara ada hak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakkan ke atas pelaku jenayah atau merosakkan harta seseorang. Tetapi jika saudara pilih jalan bersabar maka balasannya adalah pahala di sisi Allah SWT. Pada dasarnya, dibolehkan bagi orang yang dizalimi dan dianiaya untuk membela dirinya salah satu bentuknya adalah dengan mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya.

Allah Ta'ala berfirman,

لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

"Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-Nisa': 148)

Ibnu Abbas berkata tentang ayat ini: "Allah tidak suka seseorang mendoakan keburukan untuk selainnya, kacuali ia dalam keadaan dizalimi. Allah memberikan keringanan baginya untuk mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya.dan itu ditunjukkan oleh firman-Nya, "Kecuali oleh orang yang dianiaya." (namun), jika bersabar maka itu lebih baik baginya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir terhadap ayat di atas)

Firman Allah yang lain,

وَلَمَنِ انْتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُولَئِكَ مَا عَلَيْهِمْ مِنْ سَبِيلٍ

"Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka." (QS. Al-Syuura: 41)

. . . dibolehkan bagi orang yang dizalimi dan dianiaya untuk membela dirinya salah satu bentuknya adalah dengan mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya. . .

Namun, apakah ini yang terbaik baginya? Tidak. Jika ia membalas kepada orang yang menzaliminya dengan doa keburukan, maka ia tidak mendapat apa-apa karena ia telah mendapatkan apa yang ia inginkan (kepuasan).

Berbeda jika doanya dengan niatan agar orang-orang tidak lagi menderita akibat kejahatannya, maka ia mendapat pahala dengannya. Terlebih jika niatnya untuk menghilangkan kezaliman, menegakkan syariat Allah dan hukum-Nya, maka pahala yang didapatkannya lebih banyak.

Namun, jika ia bersabar, memaafkan, dan membalas keburukan dengan kebaikan maka ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala,

فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ

"Maka Barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah." (QS. Al-Syuura: 40)


303.Soalan : Ustaz...saya ada seorang kawan yang mana kawan saya seorang lelaki cina.dan dia bertanyakan kepada saya...sekiranya dia telah memeluk agama islam..boleh ke dia berdoa untuk ibunya..dan jika dia dah memeluk agam islam tapi masih lg meminum minuman keras(arak)...berdosakah isteri tu jika tidak berjaya membimbingnya..

Jawapan :  

Jika seorang anak telah memeluk Islam sedangkan ibu bapanya masih belum Islam maka dia hanya boleh berdoa supaya kedua mereka diberikan taufik dan hidayah, berdoa supaya Allah ampunkian dosanya tidak di benarkan selagi mereka belum masuk Islam. 

Hukum meminuman keras tetap haram. Jika beliau masih ketagih arak maka perlulah berusaha secara berperingkat-peringkat untuk meninggalkannya. Teruskan mengikuti kursus dan kelas agama supaya iman dan akidahnya dapat dibina dan ditingkatkan. Imannya saja yang akan menghalangnya daripada meneruskan minuman barang yang memabukkan.

304. Soalan : Bantui saya... Tolong bagi saya doa terbaik untuk sahabat... Saya ingin doakan untuk kebaikan sahabat saya yang memutuskan silaturahim dengan saya... Tolong bantu sahabat ku sekelian.

Jawapan :  

Doa untuk sahabat telah memutuskan silaturahim dengan kita :

Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bukakanlah pintu hatinya untuk kami saling berkasih sayang dan bermaaf-maafan. Binalah ikatan silaturahim di antara kami.

Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketakwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

amin Ya Allah Ya Rabbal Alamin..


304. Soalan :  ustaz... Soalan saya.. Saya ada bagi hadiah Al-Quran digital pada seseorang melalui kawan saya... Tapi dia tolok pemberian saya.. Dia kata dia tak suka apa-apa yang saya beri..sebab dia dah benci saya... Adakah dia berdosa ustaz... Jelaskan

Jawapan :   

Menolak hadiah pemberian dari seorang rakan bukanlah satu akhlak yang baik. Jika niat untuk memutuskan silaturahim berdosa kerana Nabi SAW bersabda maksudnya, "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim). Walaupun dia membenci saudara cuba teruskan berbaik-baik dengannya.Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”.

Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian Hadis: Islam mengajar umatnya berbuat baik bagi mengeratkan hubungan antara keluarga walaupun kebaikan itu dibalas dengan keburukan. Berbuat baiklah dengan kaum keluarga dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim, semoga mendapat keredaan dan pertolongan daripada Allah SWT. Islam menghendaki umatnya mengerjakan kebaikan sesama keluarga untuk menjamin kesejahteraan. Orang yang cuba melakukan permusuhan dan kemarahan kepada orang yang hendak berbuat baik dengannya adalah dimurkai oleh Allah dan dia akan mendapat seksaan diakhirat kelak.


Doakanlah kebaikan untuknya sesungguhnya doa yang baik itu akan kembali juga kepada kita kerana malaikat akan mendoakan kebaikan kepada orang yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabatnya.

305. Soalan :  Ustaz nak tanya sikit. . .soalan yang saya nak tanya ni adalah mengenai bertato. Apakah hukumnya bertato?

Jawapan :   

Di dalam hadis terdapat keterangan bahwa Nabi saw melarang memakan harta hasil penjualan darah, hasil penjualan anjing, riba dan yang mewakilinya. Beliau juga melarang orang membuat tato atau minta dibuatkan tato (Hadis Sahih Riwayat Bukhari) 

Di dalam riwayat yang lain “Allah melaknat orang-orang yang membuat tato, orang-orang yang minta dibuatkan tato, orang-orang yang mencabut bulu mata, orang-orang yang minta dicabut bulu matanya, dan orang-orang yang merenggangkan gigi untuk mempercantik wajah, dan mereka yang mengubah ciptaan Allah” (Hadis Sahih Riwayat Muslim) .

Jika sudah ada tato dan ingin bertaubat dan berhajat untuk membuangkannya maka buangkanlah dengan cara yag tidak memudharatkan diri. Apabila kita bertaubat di atas perbuatan kita yang telah lalu dan tidak akan mengulanginya lagi maka insyaa Allah taubat kita akan diterima oleh Allah SWT. 

Zaman sekarang ramai wanita dan lelaki yang bertato dengan inai berbentuk bunga-bunga ditangan Majlis Fatwa Kebangsaan menghukumkan ianya  harus untuk wanita dan haram untuk lelaki walau pun tato itu tidak kekal kerana di buat daripada inai. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment