Tuesday, April 1, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 85 (Doa Pindahkan Hujan, Tinggalkan Yang Wajib, Lelaki Bermusafir Hari Jumaat, Hadis Utamakan Kanak-kanak dan Suami Utamakan Adik Beradiknya).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 85 adalah menjelaskan persoalan doa pindahkan hujan, tinggalkan yang wajib, lelaki bermusafir hari Jumaat, hadis utamakan kanak-kanak dan suami utamakan adik beradiknya.

481. Soalan : Ustaz. saya ada mendengar ada orang yang boleh melakukan tolak hujan apabila mengadakan majlis perkahwinan, yakni mengelakkan hujan daripada turun di tempat majlis tersebut. Bagaimana cara yang dilakukan tidak lah saya ketahui. Soalan saya adakah kaedah ini dalam agama kita? Mohon penjelasan ustaz. Sekian. Terimakasih.

Jawapan :  

Kita tak boleh tolak hujan kerana hujan itu adalah rahmat Allah SWT yang diturunkan oleh Allah SWT keatas makhluknya, kita hanya boleh berdoa supaya Allah SWT pindahkan hujan ditempat kita untuk beralih ketempat lain jika kita ada majlis contohnya kenduri kawin .

DOA AGAR HUJAN BERHENTI

174- اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اَللَّهُمَّ عَلَى اْلآكَامِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ.

174. “Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari 1/224 dan Muslim 2/614)

482. Soalan : Boleh ustaz terangkan serba sedikit mengenai seseorang yang suka mendahulukan perkara sunat daripada perkara wajib? Contohnya suka membaca al-Quran, tetapi solat liat untuk dijaga.

Jawapan : 

Dalam Islam yang paling penting untuk menjadi seorang muslim mesti laksanakan semua yang wajib dan tinggalkan semua yang haram. Untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa perlu perbanyakkan yang sunat dan tinggalkan yang makruh, dan niatkan yang harus menjadi sunat.. Jika seorang masih buat yang haram dan pada masa yang sama buat pula yang sunat, pahala yang sunat tak dapat nak tampung dosa pekerjaan haram yang dilakukan. Oleh itu perlu kita istiqamah dengan yang wajib dan tinggalkan yang haram barulah sempurna akhlak kita iaitu akhlak seorang muslim.

Maksudnya di dalam urusan kita seharian banyak perkara harus seperti makan, mium, tidur, naik kenderaan semuanya harus. Contoh makan dan munum kita niatkan di dalam hati : makan dan mInum mesti yang halal semoga dengan tenaga yang Allah SWT berikan kita nak melakukan ibadah kepaad Allah SWT dan dengan tenaga yang di berikan untuk bekerja mencari nafkah, begitu juga tidur harus tetapi kita tidur dengan niat nak bangaun solat subuh maka seluruh tidur kita diberikan pahala oleh Allah SWT. Beli kereta hukumnya harus tetapi bila kita niatkan kereta yang ada untuk cari nafkah, untuk ke masjid solat berjemaah maka kereta yang kita miliki mendapat pahala.

Begitu juga meninggalkan pekerjaan haram akan mendapat pahala seperti mencuri, berzina, minum arak, mengumpat, memfitnah, mengambil rasuh. Apabila bagun diwaktu pagi kita berdoa , "Ya Allah aku meninggalkan semua pekerjaan haram, maksiat dan dosa semata-mata kerana -Mu ya Allah, jauhkan aku daripada pekerjaan haram, maksiat dan dosa" maka seluruh hari itu kita mendapat pahala kerana niat kita tak mahu melakukan perkara haram, maksiat dan dosa. Niat itu cukup penting memberikan ganjaran pahala sunat dan pahala wajib (meninggalkan yang haram adalah wajib maka kita akan mendapat pahala wajib)

483. Soalan : Maaf ustad saya pernah dengar kaum lelaki itu dikira musafir hanya jika dia keluar rumah sebelum subuh.. Jika dia keluar selepas subuh dia masih wajib menunaikan solat Jumaat... Betul ke ustaz?

Jawapan : 

Mengenai solat Jamak dan Qasar terdapat jawapan oleh Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor .Solat Qasar Dan Jamak Zohor Dengan Asar Pada Hari Jumaat

Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai solat Qasar dan Jamak Zohor dengan Asar pada hari Jumaat.

Keputusan: 

Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :
'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 memutuskan bahawa perkara ini merupakan hukum yang telah sedia ada'.

Keterangan/Hujah: 

LATAR BELAKANG

1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadis : Maksudnya : "Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir."

Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardu zohor kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma", sebab sah bagi orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur.

2. Sehubungan dengan itu, berbagai pandangan ulama" dikemukakan. Antaranya :

Mazhab Hanafi :

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.

Mazhab Maliki :

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih, walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat Jumaat)

Mazhab Syafii :

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat

Mazhab Hanafi :

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.

Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam (jilid II).

Hukum solat Jumaat bagi orang musafir.:

1. Menurut pendapat majoriti fuqaha, seseorang yang menghadiri suatu perjalanan atau musafir yang mencukupi syarat-syarat mengqasarkan solat, tidak diwajibkan untuk menghadiri solat Jumaat. Ini adalah kerana tidak diterima sebarang riwayat bahawa Nabi Sallallahu-Alaihi-Wasallam ada melaksanakan solat Jumaat dalam mana-mana ekspedisi atau peperangan atau perjalanan yang beliau lakukan sepanjang hidupnya. Ini juga dicontohi oleh para sahabat beliau radiallahu-anhum di mana tidak dinukilkan sebarang riwayat dari mereka, samada ketika masa kehidupan Nabi atau selepas kewafatan beliau, bahawa mereka ada melakukan solat Jumaat ketika musafir. (Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/284-286 ; Shaikh Sayid Sabiq - Fiqh-us-Sunnah, 2/252.)

2. Walaubagaimanapun amat dianjurkan seseorang yang bermusafir itu agar tetap berusaha untuk menghadiri solat Jumaat berjemaah sebagai mengelak dari pergeseran dengan pendapat lain yang mengatakan solat Jumaat tetap wajib sekalipun bagi orang musafir. Pendapat yang mewajibkan ini berhujah atas dasar bahawa tiada nas atau dalil sahih yang mengatakan bahwa seseorang yang musafir tidak perlu menghadiri solat Jumaat. Oleh kerana tiada dalil yang mengecualikan suasana musafir, maka hukum solat Jumaat ini kembali pada perintah asal, iaitu tetap wajib bagi semua orang, mastautin mahupun musafir.

Tambahan lagi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak mengecualikan seorang musafir dari solat Jumaat tetapi hanya mengecualikan mereka yang terdiri daripada [1] wanita, [2] budak belum baligh, [3] orang sakit dan [4] hamba sahaya. 

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Jumaat adalah benar, wajib atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan - hamba sahaya, wanita, anak-anak atau orang sakit. (Maksud hadith dari Thariq bin Syihab radiallahu-anha, Sunan Abu Daud - no: 1026 dan disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani, Nail-ul-Authar, 3/527.)

Adapun riwayat yang berbunyi , "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka wajib ke atasnya solat Jumaat kecuali wanita atau orang musafir atau hamba sahaya atau orang sakit adalah tersangat daif kedudukannya (Riwayat di atas ditakhrij oleh Imam ad-Daruquthni dan al-Baihaqi dari Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu, dinyatakan kelemahannya oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 3/527-528) .

Demikian juga sebuah lagi riwayat lain yang bermaksud, "Tidak wajib Jumaat atas orang musafir adalah juga daif kedudukannya. (Maksud hadith dari Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhuma diriwayat oleh at-Thabrani dalam al-Ausath, didaifkan kedudukannya oleh Imam as-Sha'nani dalam Subul-us-Salam, 2/236). 

Kedua-dua hadis yang daif ini tidak boleh dijadikan hujah pegangan atau sumber rujukan hukum.

Justeru itu sekalipun majoriti para fuqaha berpendapat bahawa solat Jumaat tidak wajib ke atas orang musafir, tetapi sebagai pilihan yang selamat lagi dipertengahan, adalah amat disyorkan bagi seseorang itu untuk tetap berusaha menghadiri solat Jumaat berjemaah. Anjuran ini menjadi lebih berat mengingatkan banyaknya fadilat-fadilat Hari Jumaat itu sendiri beserta keutamaan solatnya, sebagaimana yang banyak dipesan oleh baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tambahan lagi solat Jumaat di kala musafir membuka peluang untuk kita berkenalan dengan komuniti tempatan dan beramah mesra lagi memperluaskan hubungan sesama umat.

484. Soalan : Salam Ustaz, nak tanya adakah hadis ini hadis sahih..ada satu poster yang selalu di share di FB.Katanya Hadis Nabi... Intipatinya : 1) Orang yang tidak menyukai kanak-kanak tidak akan masuk syurga 2) Bau mulut atau tubuh kanak-kanak adalah sebahagian dari bau syurga 3) Setiap ciuman yg diberikan kepada anak dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun. 4)Mereka yang keluar ke pasar dan apabila balik ke rumah membelikan buah tangan untuk anak-anaknya mendapat rahmat Allah dan takan diseksa di akhirat. mohon pencerahan Ustaz..wasalam...

Jawapan :  

Saya belum jumpa lagi hadis sahih yang menjelaskan kelebihan menyukai kanak-kanak seperti yang saudari jelaskan di atas, tetapi saya ada terjumpa hadis berikut : 

Menceritakan hadis dari Syarik hadis dari Laith hadis dari Ikrimah hadis dari Ibnu Abbas berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Laisa minna man lam yarham soghirana yuaqqir kabirana wa-yakmur bil-ma'rufi ya-yanhu 'annil munkari' (Yg bermaksud: Bukanlah dari golonganku (yakni, umatku) orang yg tidak menyayangi kanak-kanak dan orang yg tidak memuliakan orang-orang tua dan orang yg tidak menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran.) (Hais Riwayat at-Termidzi, Bab Wasilah]

Dan, hadis berikut yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abu Daud juga disebutkan hadis mengenai ketetapan yg sama:

Diriwayatkan hadis dari Ibni Abi Najih hadis dari Ibni 'Amir hadis dari Abdillah b 'Amru meriwayatkan hadis Ibnu Sarhih berkata: 'Hadis dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Man lam yarham soghirana wa-ya'rif haqqa kabirina falaisa minna.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yang tidak menyayangi anak-kanak kecil (atau kanak-kanak) dan tidak tahu hak orang-orang tua (antaranya, dihormati), maka bukanlah dia dari golongan aku (Nabi).) (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab Adab)

485. Soalan : salam, nak tanya..apa tindakan saya, suami abaikan makan minum, keperluan kami, walaupun saya turut membantu membayar sewa rumah bil2 semua. tapi barang dapur, keperluan ank, saya seorang yang uruskan..jika minta suami, dia kata xde duit, namun apabila ayah atau family dia minta, dia ade duit. bagi suami, biar die xde duit, namun jika ayah die minta, die pasti bagi..

Ayah dia ade pencin, berniaga, dan ibunya menjaga anak orang...hutang dah takda...tapi selalu merungut  tak cukup duit, adik belajar 2 orang, saya pun pernah belajar universiti, dapat ptptn, tapi tak ada pula minta duit banyak pada mak ayah, lain pula dengan adik ipar saya ni, dapat ptptn, tak sampai sebulan dah habis....namun bagi saya cukup....saya tak kisah suami bagi duit, tapi sila utamakan keperluan kami...Minta pandangan ustaz?

Jawapan : 

Seorang suami yang bertanggungjawab akan menggunakan kebijaksanaan dirinya dan keadilan untuk menguruskan rumah tangga. Sebahagian suami lupa bahawa walaupun isterinya bekerja tetapi tanggungjawab menyara kehidupan, menyediakan rumah, pelajaran , kesihatan dan kemudahan yang lain perlu dipikulkan ke atas bahu suami. 

Isteri hanya membantu atas kerelaannya dan suami tak boleh kontrol gaji isteri. Isteri yang baik dan prihatin tak akan membiarkan kesusahan anak-anak dan keluarganya. Bantuannya adalah atas dasar kerelaan bukan paksaan. 

Satu lagi sikap suami yang disuruh agama adalah bersikap adil di dalam menyara keluarganya sendiri dan juga membatu ibu bapa dan adik beradiknya. Utamakan dahulu isteri dan anak-anak, dan jika kedua ibu bapa nya susah maka kewajipan anak lelaki untuk membantunya. Tetapi jika ibi bapanya berpencin dan berharta maka suami kena berpada-pada jangan sampai kecenderungannya kepada adik beradiknya hingga mengabaikan kewajipan kepada isteri dan anak-anaknya. Hati kecil isteri perlu dijaga dan perlu saling nasihat menasihatai dan wujudkan kemesraan dan kasih sayang. 

Nabi SAW bersabda :

“خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي”

Maksudnya, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang paling baik di antara kalian dalam bermuamalah dengan keluargaku.” (H.R. Tirmidzi dan beliau mengomentari bahawa hadis ini hasan gharib sahih. Ibnu Hibban dan al-Albani menilai hadits tersebut sahih).

Jika suami tak baik akhlaknya dengan isteri dan anak-anak dia bukan seorang yang berakhlak sebagaimana hadis di atas. Oleh itu puan perlu banyak bersabar dan berdoalah kepada Allah SWT supaya suami puan berubah perangainya dan kembali berfungsi sebagai suami yang soleh dan mampu mendidik puan dan anak-anak kejalan yang diredhai oleh Allah ST. Wallahu a'lam






No comments:

Post a Comment