Tuesday, May 6, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 108 (Bolehkan Bercinta, Hukum Kencing Berdiri, Siapakan UFO, Telinga Berdengung, Hukum Menggunakan Inhealer Ketika Puasa.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 108 adalah menjelaskan persoalan bolehkan bercinta, hukum kencing berdiri, siapakan UFO, telinga berdengung, hukum menggunakan inhealer ketika puasa.

596. Soalan : Soalan saya  berkenaan cinta. Saya masih remaja 18 tahun. Rasulullah menggalakkan kita untuk berkahwin awal bagi mengelak zina. Banyak hadis dan daripada al-Quraan menyebut fasal kahwin tetapi tidak menyatakan soal cinta. Soalan saya, adakah salah kita bercinta selama berkenalan? Sedangkan perbuatan ketika bercinta adalah mulanya zina seperti zina hati, dan sebagainya. Soalan ke dua, ada hadis menyatakan 'andai kamu tertarik pada akhlak saudara antara kamu, maka kahwinilah dia' . Jadi.. tak perlulah bercinta.. Berkahwin baru bercinta. Begitu kah ustaz?

Jawapan : 

Juahilah cinta buta kerana ianya banyak di dorong oleh nafsu dan emosi bukannya di dorong oleh iman dan takwa. Seseorang yang melahirkna perasaan cinta, kasih sayang secara direct sebenarnya membuka ruang yang besar untuk menghampiri zina. dan akan mengundang syaitan menjadi orang ketiga. 

Ayat-ayat "power" biasanya akan menyebabkan wanita hilang pertimbangan sehingga sanggup berdua-duaan dan akhirnya berzina dan melahirkan anak tak sah taraf. Bercintalah sepuas-puasnya selepas berkahwin, kerana sebelum berkahwin dibenarkan bertaaruf, saling kenal mengenal keluarga masing-masing, melamar dan bertunang. Jika berjumpa sekali pun si wanita akan membawa mahramnya. Rasulullah SAW melarang zina mata, zina mulut, zina tangan, zina kaki, zina hati dan zina kemaluan (ini sebenarnya hakikat zina yang di haramkan oleh Allah SWT)

Jika datang seorang lelaki yang dikenali akhlaknya, kesolehannya, ilmunya dan datang melamar si wanita yang solehah maka walinya kena pertimbangkan dan wanita tersebut juga perlu reda dan bersedia untuk dilamar, supaya dapat mengelakkan fitnah dan kerosakkan di dalam masyarakat.

Sebelum bernikah perlu lihat dan kenal keperibadiannya. Samaada si wanita itu tutup aurat atau tidak. Boleh di siasat melaui rakan-rakan atau saudara mara kedudukan perempuan tersebut. Setelah puas hati akhlak dan keperibadiannya bolehlah melamar dan bertunang. Semasa bertunang boleh taaruf lagi tapi tak boleh berdua-duaan dan menghampri zina. Selepas berkahwin barulah bercinta dan mendekati lagi peribadi masing-masing. Wallahu a'lam

597. Soalan : Ustaz,saya nak tanya apakah hukum lelaki kencing berdiri?

Jawapan : 

Adab kencing cara Nabi SAW yang diceritakan Aisyah adalah baginda kencing cara duduk.Sementara itu ada sebuah athar daripada A’isyah r.a.:" Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah baginda membuang air kecil kecuali secara duduk. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).)

Ada hadis yang lain ketika nabi SAW berada di tempat pembuangan sampah nabi pernah kencing berdiri.Hudzaifah r.a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri. 

[Sebahagian dari hadis yang panjang, dikeluarkan oleh Ibnu Jarud, Muslim, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, lihat Sahih Muslim no: 273. (Kitab Taharah, Bab Menyapu di atas kasut)]

598. Soalan : Apa pendapat ustad mengenai UFO dan ET (Alien) saperti mana pengkaji dan dakwaan yang telah dirakamkan oleh saksi2 yang mengatakan bahawa kita ada kehudupan lain selain dari bumi ini.?

Jawapan : 

Sebenarnya UFO adalah kenderaan makhluk jin bukannya makhluk asing di Planet selain bumi. Kehidupan jin banyak jenis. Ada jin yang hidup di dasar laut, di awan merah, di permukaan tasik, di lautan, di hutan dan di tempat kotoran najis atau pembuangan sampah. Jin-jin kafir atau syaiatan suka tinggal di lubang-lubang najis, septik tank, longkang, dan sebagainya.

 Masyarakat jin cukup cangih kerana jin adalah makhluk yang lebih dahulu hidup sebelum Adam di ciptakan. Jin hidup lama masanya hinggakan ribuan tahun. Jumlah jin terlau ramai tetapi mereka tinggal di alam lain . Manusia tak boleh melihat jin melainkan jin menampakkan fizikalnya seperti UFO, sedangkan jin boleh melihat manusia dan boleh menyerupai manusia atau makhluk lain

599. Soalan : Soalan saya apabila telinga kita berdengung adakah kita perlu berselawat?

Jawapan : 

Hadis yang menyebutkan masalah ini adalah:

إِذَا طَنَّتْ أُذُنُ أَحَدِكُمْ فَلْيَذْكُرْنِي، وَلْيُصَلِّ عَلَيَّ، وَلْيَقُلْ: ذَكَرَ اللهُ بِخَيْرٍ مَنْ ذَكَرَنِي

“Jika berdengung telinga seseorang dari kalian, maka ingatlah aku, dan berselawatlah atasku. Dan katakanlah: DZAKARALLAAHU BI KHAYRIN MAN DZAKARANI (Semoga Allah menyebut dengan kebaikan orang yang menyebutku namaku).”

Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani (1/48/2), Al-Bazzar no. 3125, Ibnu Hibban dalam Adh-Dhu’afa (2/250) dan selainnya. Semuanya dari jalur Muhammad bin Ubaidillah bin Abi Rafi’dari saudaranya yang bernama Abdullah bin Ubaidillah bin Abi Rafi’ dari ayahnya dari kakeknya (Abu Rafi’) radhiallahu anhu.

Ini adalah hadis yang dha’if jiddan (sangat lemah), bahkan dinyatakan maudhu’ (palsu) oleh Ibnu Al-Jauzi dalam Al-Maudhu’at dan Ibnu Al-Qayyim rahimahullah dalam Al-Manar Al-Munif (hal. 25), dan Asy-Syaikh Al-Albani sependapat dengan keduanya.

Alasannya adalah adanya perawi yang bernama Muhammad bin Ubaidillah di atas. Dia adalah salah seorang penganut Syiah di Kufah. Al-Bukhari berkomentar tentangnya, “Mungkarul hadits (mungkar haditsnya).” Yahya bin Main berkata, “Laysa bisyay`in (tidak ada apa-apanya).” Dan Ad-Daraquthni berkata, “Matruk lahuu mu’dhalaat (ditinggalkan haditsnya dan mempunyai banyak hadits-hadits yang mu’dhal).”.

600. Soalan :  Ustaz...adakah puasa akan terbatal kalau kita menggunakan inhealer bagi mereka yang menghidap asma?..Terima kasih..

Jawapan : 

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin menjelaskan penggunaan inhaler ketika puasa. Beliau berkata :

''Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih."

[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq].




No comments:

Post a Comment