Monday, November 10, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 184 ( Menghisap Rokok Haram, Imam Ghazali 6 Ciri Wanita Yang Tidak Baik, Solat Isyak Lewat, Hukum Alat Muzik Bertali , Perkara-perkara Membatalkan Solat dan Adakah Tapak Kaki Wanita Aurat?)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 184 adalah menjelaskan persoalan menghisap rokok haram, Imam Ghazali 6 ciri wanita yang tidak baik, solat isyak lewat, hukum alat muzik bertali , perkara-perkara membatalkan solat dan adakah tapak kaki wanita aurat?

876. Soalan : Merokok adalah haram disisi agama. Betulkah ustaz sekiranya merokok malaikat tidak akan masuk kerumah. Dan bagaimana kah ustaz cara untuk menasihati suami yang perokok. Dan bagaimana pula ustaz disebabkan suami merokok dan malaikat tidak masuk kedalam rumah adakah anak dan isteri juga berdosa bersama-sama. Dan adakah rumah tidak mendapat rahmat dan berkat ustaz.?

Jawapan : 

Dalam hadis yang jelas adalah malaikat rahmat tak masuk rumah yang ada gambar (makhluk yang bernyawa). patung (makhluk bernyawa), anjing dan orang berjunub (di sunatkan jika berjunub sebelum mandi wajib hendaklah berwuduk). Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada :

Pertama : Gambar

Kedua : Patung

Ketiga : Anjing

Keempat : Orang yang junub. Selain daripada itu malaikat rahmat juga tak masuk rumah jika di dalamnya ada barang haram dan berdosa besar seperti rumah yang ada arak dan meminumnya, bermain judi, berzina (bersekedudukan), melakukan pemujaan dan perbuatan syirik melakukan sihir atau sebagainya. Merokok Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan haram kerana mudharatnya. Haram sendiri ada peringkatnya iaitu haram dosa besar dan haram dosa kecil. Haram arak jika di minum walaupun seteguk solat dan ibadahnya tak di terima selama 40 hari. Terlalu banyak haram dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh manusia tanpa kita sedari. Melihat aurat manusia dengan nafsu, bersalaman dengan wanita yang bukan mahram, menghisab rokok kerana ketagih dan menganggap rokok itu tak ada kebaikan dan sebagainya. Jangan bimbang puan insya Allah malaikat boleh masuk rumah selagi bukan perkara dosa besar berlaku di dalam rumah puan.

Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-

1. Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

2. Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.

877. Soalan : Ustaz boleh tolong huraikan maksud al-Annanah, al-Mananah, al-Hananah, al-Barraqah dan al- Syaddaqah di dalam kitab Ihya' Ulumuddin menceritakan 6 ciri-ciri wanita yang tidak baik di jadikan sebagai isteri.

Jawapan :  

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) mengungkapan (yang diterjemahankan) bahwa Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan, yaitu :

1. Al-Annanah (suka mengeluh)
Yang dimaksud adalah perempuan yang banyak mengeluh, selalu menampakkan rasa sakit/ beban/ pekara yang dialaminya walaupun itu hanya disebabkan oleh masalah/ perkara kecil. Perempuan semacam ini bila sudah menikah akan sering berpura-pura sakit/ menampakkan atau bahkan membesar-besarkan beban/ masalah yang dimilikinya kepada suaminya, supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugas harian.

2. Al-Mananah (suka mengungkit-ungkit)
Perempuan yang apabila pernah memberikan sesuatu, dia akan mengungkitnya kembali di suatu waktu yang lain dengan mengatakan, “Saya telah melakukan/ memberikan untuk kamu itu dan ini”.

3. Al-Hananah
Perempuan yang suka merindui dan mengingat-ingat kembali bekas suami atau anak dari bekas suaminya atau kekasih di masa lalunya. Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha menuruti segala keinginannya.

4. Al-Haddaqah (boros)
Perempuan yang menginginkan setiap hal ketika berbelanja dan suka membeli banyak barang daripadanya, sehingga membebankan suaminya untuk membayarnya.

5. Al-Barraqah
Terdapat dua makna, yang pertama berarti suka berhias setiap waktu (melampaui waktu berhias pada umumnya) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempesona walau bukan kepada suaminya. Makna kedua berarti perempuan yang tidak mau makan kecuali bila dia seorang diri.

6. Al-Syaddaqah (cerewet)
Perempuan yang banyak bicara, ketika berbicara dia tidak tentu arah dalam setiap pembicaraannya (berbicaranya ke sana kemari tanpa ada topik yang jelas).

"Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan, yaitu Al-Annanah, Al-Mananah, Al-Hananah, Al-Haddaqah, Al-Barraqah, dan Al-Syaddaqah." (Imam Al-Ghazali)

878. Soalan : Saya ada sedikit kemusykilan ingin bertanya dengan ustaz..
Pernah akibat tersangat letih dan mengantuk selepas waktu magrib saya tertidur dan telah melepasi waktu Isyak. saya terjaga semula pukul 3 pagi untuk bertahajud tetapi menyedari belum menunaikan solat Isyak lagi.adakah saya perlu terus solat Isyak kemudian bertahajud ataupun saya perlu berniat dan mengerjakan qada solat Isyak,kerana saya ada terbaca waktu solat Isyak tamat pada pukul 12 malam.selepas pukul 12 malam tiada malam lagi, ia sudah di kira menjadi pagi.Mohon pencerahan lebih dari ustaz mengenai perkara ini..terima kasih ustaz.

Jawapan : 

Para ulama membahagikan waktu solat isyak kepada waktu ikhtiariy (الإختياري) dan waktu al-Idhtiroriy (الإضطراري). Waktu al-Ikhtiyari bagi solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam (12 tengah malam). Manakala waktu al-Idhtiroriy pula berlanjutan sehingga terbitnya fajar sidik.

Maksud waktu al-Ikhtiariy: ialah waktu yang dibenarkan solat di dalamnya tanpa makruh, samaada di awal waktu ikhtiyari ini atau di akhirnya.

Manakala maksud waktu al-Idhtiroriy: ialah waktu yang tidak boleh dilewatkan solat sehingga masuk waktunya melainkan bagi orang-orang yang berada dalam keuzuran seperti orang gila yang normal setelah berlalunya waktu al-Ikhtiyariy, wanita haid, orang yang tertidur, terlupa, org kafir yang baru memeluk islam atau budak yang baru baligh. Dalam kes saudari, saudari masih boleh solat pada waktu jam 3 pagi kerana tertidur bukan di sengajakan dan tidak makruh hukumnya. Saudari tak perlu niat solat qada' isyak kerana saudari masih berada di waktu isyak (waktu al-Idhtiroriy)

Ini menunjukkan tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga habisnya waktu al-Ikhtiyari melainkan bagi orang-orang yang memiliki keuzuran seperti yang disebut di atas.

Perkara ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W.

وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ

Maksudnya: “Dan waktu solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam yang pertengahan.”

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut, maksudnya hadith ini ialah: “waktu menunaikannya dlm waktu al-Ikhtiyariy.” (5/111)
Badan Fatwa Arab Saudi di dalam fatwa mereka menyebut:

ووقت العشاء من غيبوبة الشفق الأحمر إلى نصف الليل ، وهذا وقت الاختيار لها ، ووقت الاضطرار من نصف الليل إلى طلوع الفجر

Maksudnya: “Waktu ‘isya itu bermula dari luputnya awan merah (habis waktu maghrib) sehingga pertengahan malam, ini adalah waktu al-Ikhtiyar, manakala waktu al-Idhthiror bermula dari sebahagian malam sehingga terbitnya fajar.” (6/113)

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut:

فإذا غاب الشفق - وهو : الحمرة في جهة المغرب - انتهى وقت المغرب ، ودخل وقت العشاء إلى نصف الليل ، وما بعد نصف الليل وقت ضرورة لوقت العشاء ، فلا يجوز التأخير لما بعد نصف الليل ولكن ما بين غروب الشفق إلى نصف الليل كله وقت اختياري للعشاء ، فلو صلاها بعد نصف الليل أداها في الوقت ، لكن يأثم ؛ لأنه أخرها إلى وقت الضرورة

Maksudnya: “Apabila telah hilangnya awan merah – iaitu awan merah sebelah barat – tamatlah waktu maghrib dan masuknya waktu ‘isya sehingga pertengahan malam. Dan apa yang selepas pertengahan malam adalah waktu dhorurah (al-Idhthirar) bagi solat ‘isya, tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga selepas pertengahan malam, antara hilangnya awan merah sehingga pertengahan malam itu adalah waktu al-Ikhtiyariy bagi solat ‘isya, jika seseorang menunaikan solat ‘isya selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya, akan tetapi dia dikira berdosa, kerana melewatkan solat ‘isya sehingga masuk waktu dharurah.” (Fatwa Bin Baz 10/384)

Wallahu a'lam

879. Soalan : Ustaz...saya pernah dengar orang kata, betul ke malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada alat muzik seperti gitar? Haram ke bermain alat muzik yang bertali..ada ke dalam al-Quran atau hadis nabi yg menyatakan haram.?

Jawapan : 

Tidak ada hadis sahih yang menyatakan bahwa jika di rumah ada alat muzik malaikat rahmat tak masuk rumah. Tetapi hadis yang menyatakan malaikat rahmat tak masuk rumah adalah jika ada gambar makhluk bernyawa, patung, anjing, dan orang junub. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada :

Pertama : Gambar, kedua : Patung, ketiga : Anjing dan keempat : Orang yang junub. 

Tidak ada nas yang jelas melarang alat-alat muzik bertali di gunakan , cuma terdapat beberapa pandangan ulama yang melarangnya. Hukum memainkan alat musik.

Bagaimanakah hukum memainkan alat musik, seperti gitar, piano, rebana, dan sebagainya? Terdapat nash, ada satu jenis alat musik yang jelas diterangkan kebolehannya dalam hadis, iaitu ad-duff atau al-ghirbal, atau rebana. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :“Umumkanlah pernikahan dan tabuhkanlah untuknya rebana (ghirbal).” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

Fuqaha terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, haji, perkahwinan, perayaan hari raya. Mengikut fuqaha Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan arak, gadis penyanyi, menggalakkan maksiat, perzinaan dan keberhalaan. Dr Syaltut berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kepada konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Prof Qardhawi berkata, "Nyanyian adalah harus (dibolehkan) tapi dalam acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat) 

Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Saidina Ali bin Abi Talib k.wj dan tiada yang menegahnya..

Dalam hal ini pendapat Syaikh Nashiruddin al-Albani. Menurut Syaikh Nashiruddin al-Albani hadis-hadis yang mengharamkan alat-alat musik seperti seruling, gendang, dan sejenisnya, seluruhnya dha’if. 

Memang ada beberapa ahli hadis yang memandang sahih, seperti Ibnu Shalah dalam Muqaddimah ‘Ulumul Hadits, Imam an-Nawawi dalam Al-Irsyad, Imam Ibnu Katsir dalam Ikhtishar ‘Ulumul Hadits, Imam Ibnu Hajar dalam Taghliqul Ta’liq,

Akan tetapi Syaikh Nashiruddin al-Albani dalam kitabnya Dha’if al-Adab al-Mufrad setuju dengan pendapat Ibnu Hazm dalam Al-Muhalla bahawa hadis yang mengharamkan alat-alat musik adalah Munqathi’ (Syaikh Nashiruddin Al-Albani, Dha’if al-Adab al-Mufrad, hal. 14-16).

Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya Al-Muhalla, juz VI, hal. 59 mengatakan:

“Jika belum ada perincian dari Allah SWT maupun Rasul-Nya tentang sesuatu yang kita perbincangkan di sini [dalam hal ini adalah nyanyian dan memainkan alat-alat musik], maka telah terbukti bahawa ia halal atau boleh secara mutlak.” (Dr. Abdurrahman al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 57).

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. 

‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah?

‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. 

‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?

Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks , lasbian dan lain-lain yang diarang.

880. Soalan : Boleh ustaz jelaskan pekara-perkara yang membatalkan solat? Adakah wanita boleh menunjukkan tapak kaki di rumah mertua yang ada adik dan abang ipar? 


Jawapan : 

Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.

2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.

3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:

a) Berlaku hadas sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadas yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius, darah istihadah atau kencing yang tak lawas.

b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.

c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi tidak sempat menutupnya serta merta selama kadar tidak melebihi tempoh tumakninah atau tiga kali tasbih.

d) Dada terpesong daripada kiblat dalam keadaan sedar.

e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.

4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:

a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.

b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.

c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.

d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.

e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah rukuk atau sujud.

f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

5. Makan dan minum semasa sembahyang . (walaupun tertelan sebiji nasi)

6. Ketawa, berdehem dengan sengaja, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.

7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

Adakah kaki wanita aurat?

Di dalam rumah jika ada bukan mahram seperti sepupu lelaki, suami kepada emak saudara, adik ipar atau abang ipar auratnya adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan hingga pergelangan tangan. Kelonggarannya adalah pada tapak kaki hingga buku lali (perkara ini menjadi khilaf ulama) jika kesukaran untuk memasuki tandas atau bilik air. Dalam Al-Mufassal Dr Abd Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya : “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah , Jilid 3 , masalah 2282 , ms.198)

Beliau mengatakan bahawa masalah menganggap kaki wanita sebagai aurat atau tidak adalah perkara yang menjadi khilaf dikalangan ulama mazhab.Ringkasnya :

1. Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita adalah tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
2. Mazhab Maliki pula terbahagi kepada 2.Sebahagian ulamanya mengatakan tidak aurat dan sebahagian yang lain mengatakan aurat.Walaubagaimana pun pendapat yang muktamad dalam mazhab maliki ialah kaki bukan aurat.
3. Mazhab Syafi’e pula mengatakan ianya sebagai aurat.
4. Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.

Pendapat yang Rajih :


Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya tersebut ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.

No comments:

Post a Comment