Thursday, January 15, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 202 (Hukum Berkhatan Bagi Perempuan, Sifat Muqarrabin, Guru Wanita Bersalaman Dengan Kanak-kanak Lelaki, Hukum Main Dadu Dan Hukum Dividen KWSP Dan ASB)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 202 adalah menjelaskan persoalan hukum berkhatan bagi perempuan, sifat muqarrabin, guru wanita bersalaman dengan kanak-kanak lelaki, hukum main dadu dan hukum dividen KWSP dan ASB.

966. Soalan : Ustaz boleh saya tahu tak apa hukum nya sunat kan bayi perempuan.mcam mana kalau kita tak sunat kan bayi perempuan.saya ada dengar berbagai pendapat pasal ni boleh ustaz jelaskan....

Jawapan :

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW.;

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya, “Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja. Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke 86 pada tarikh 21-23 Aril 2009 telah memutuskan bahawa hukum berkhitan bagi wanita adalah wajib. Walaubagimana pun jika ia boleh membawa kepada kemudharatan pada diri maka perlu di elakkan.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Fiqhul-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 128.
2. Nailul-Autar, asy-Syaukani, juz. 1, Kitab at-Toharah.
3. al-Khitan, Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq, hlm. 9-11.

967. Soalan : Apakah ciri-ciri seseorang mukmin itu boleh sampai ke peringkat muqarrabin (hamba yang dekat dengan Allah SWT)

Jawapan :     

Martabat Muqarrabin adalah martabat orang yang dekat dengan Allah SWT. Mereka adalah golongan mukmin yang hati dan perasaan hanya kepada Allah SWT. Setiap amalannya penuh khusyuk dan ikhlas kepada Allah SWT. Mereka adalah golongan sangat dekat dengan Allah SWT. disebabkan pengorbanan mereka dalam menegakkan agama Allah SWT. Bahkan nyawapun sanggup mereka korbankan semata-mata untuk mempertahankan agama Allah SWT. Oleh sebab itu tidak hairan mengapa mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah SWT.

Abul Aliah mengatakan, “Tidak akan dipisahkan nyawa seorang muqarrabin sebelum dihadirkan kepadanya satu dahan dari kenikmatan syurga, lalu rohnya itu disimpan di sana.” 

Di dalam sebuah hadis sahih dikemukakan bahawa Rasulullah SAW. dari Ibnu Abbas r.a. menjelaskan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda,"Allah telah menjadikan roh saudara-saudaramu yang gugur di medan Uhud berada di dalam rongga burung berwarna hijau yang berada dipinggir sungai di syurga. Burung itu memakan buah-buahan syurga kemudian bertengger di atas lampu-lampu yang terbuat dari emas yang tergantung di bawah Arasy. Saat mereka telah mendapat makanan, minuman, dan tempat tidur yang menyenangkan, mereka berkata, 'Jika saudara kita yang masih hidup di dunia mengetahui apa-apa yang Allah berikan kepada kita, mereka tidak akan meninggalkan jihad di jalan Allah dan tidak akan lari dari medan perang." Lalu turunlah ketiga-tiga ayat ini.(Hadis sahih riwayat Hakim diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Tirmidzi)

Firman Allah SWT maksudnya: “Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang Muqarrabin (didekatkan kepada Allah), (88) maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan.(89) (Surah al-Waqi'ah ayat 88-89)

Perkara yang lengkap dan boleh menyampaikan seseorang itu kepada tujuannya dalam mengikuti jalan Allah ialah dengan berpandukan ciri-ciri yang berikut:

1. Pertama : Bermuhasabah :

Orang berakal yang hendak menyelamatkan dirinya daripada semua kebinasaan, serta ingin pula ianya dimasukkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang muqarrabin dalam semua perjalan dan tindak-tanduknya, apabila ia berazam hendak melakukan sesuatu perkara, sama ada dengan cara perkataan ataupun perbuatan, ia terlebih dahulu hendaklah menyedari bahawa ia akan disoal oleh Allah, tentang perkara itu.

Ingatlah ketika Allah SWT. berfirman yang bermaksud:"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Hasyr ayat 18)

Oleh itu, ia hendaklah menyediakan jawapan bagi soalan-soalan Allah SWT itu sebelum ia memulakannya. Sekiranya ia rasa bahawa dia boleh memberi jawapan yang betul dan lurus serta diredhai oleh Allah, maka bolehlah ia memulakan perkara itu. Dengan cara demikian, ia akan memperolehi kepujian di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kalau ia rasa bahawa jawapannya tidak memuaskan dan tidak akan diredhai oleh Allah SWT, maka ia hendaklah menjauhi diri dari perkara maksiat dan dosa kerana perkara itu akan membawa akibat buruk kepadanya kalau dilakukannya.

Dari Syadad bin Aus r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Orang yang pandai adalah yang menghisab (menilai) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT.)
(Hadis Riwayat Tirmidzi , ia berkata, ‘Hadis ini adalah hadis hasan’)

Dasar ini adalah menjadi asas bagi semua perbuatan dan perkataan. Sesiapa yang berpegang teguh dengan dasar ini, maka semua akhlaknya berdasarkan kelurusan, baik pada zahir mahupun batin, dan tidak ada sebarang cacat .

Ingatlah pesanan Saydina Umar al-Khattab r.a :"Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (Allah) dan timbanglah dirimu sebelum ditimbang (Allah) serta bersiap-siaplah untuk menghadapi hari peperiksaan yang paling besar (hari kiamat)".

2. Kedua : Mengharap redha Allah SWT semata-mata.

Seseorang Muslim tidak patut melakukan sesuatu perbuatan atau melafazkan sesuatu perkataan melainkan kerana mencari keredhaan Allah SWT. Kalaulah seseorang itu bertujuan benar untuk mencari keredhaan Allah SWT dan di samping itu hatinya bersih dari segala tujuan yang lain, serta berpegang teguh dengan dasar ini, ia tetap tidak akan berkata atau melakukan sesuatu perbuatan melainkan setelah ia yakin dan berhemat-hemat. Semua amalannya akan tetap ikhlas.

Inilah maksud firman Allah SWT kepada RasulNya yang amat besar dan kekasihNya yang amat mulia iaitu Nabi Muhammad SAW dalam surah Al-Kahf ayat 28: yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu hai Muhammad bersama-sama dengan orang-orang yang menyerukan Tuhan mereka di waktu pagi dan petang dengan mengharapkan keredhaan Allah."

Dan firman Allah SWT dalam surah Al-Lail ayat 9: yang bermaksud, "Pada hal tidak ada padanya budi seorang yang patut dibalas melainkan kerana hendak mencari keredhaan Tuhan yang maha Tinggi dan Tuhannya akan meredhainya."

3. Ketiga : Mengeratkan Silaturrahim.

Seseorang Muslim, hendaklah mempunyai penuh perasaan belas kasihan kepada semua saudara Muslim tanpa beza-membeza di antara kaya dan miskin, berpangkat atau tidak berpangkat. Ia hendaklah menyempurnakan segala hak mereka sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Islam seperti memulia, menghormati dan menolong mereka. 

Kalaulah ia berpegang teguh kepada dasar ini dengan tulus ikhlas nescaya Allah akan melimpahkan cahaya dan rahmatNya ke atas seluruh jasadnya, dan dianugerahkan pula rasa kemanisan rahmat itu. Orang seperti ini akan mendapat habuan yang banyak dari pesaka kenabian yang terkandung di dalam firman Allah SWT, Surah Al-Ambiyaa', ayat 107.yang bermaksud, "Tidak kami utuskan engkau hai Muhammad melainkan kerana rahmat kepada sekalian alam."

Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: "Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.:Dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda: "Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim )

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi)." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

4. Keempat: Menyempurnakan Akhlak.

Terdapat sekian banyak dalil yang membuktikan bahawa akhlak yang mulia merupakan ciri-ciri seorang mukmin. Di antaranya adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala berkenaan ciri-ciri akhlak Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam:

Firman Allah SWT maksudnya, "Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Surah al-Qalam (68) ayat 04)
Seterusnya Allah menyuruh kita meneladani akhlak Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tersebut:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).(Surah al-Ahzab (33) ayat 21)

Antara tujuan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diutuskan adalah menyempurnakan akhlak yang mulia dan sahih:

Sesungguhnya aku diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak yang shalih.
[ Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad, hadis no: 273 (Bab akhlak yang baik).]

Akhlak yang mulia mencerminkan kesempurnaan iman:

Nabi SAW bersabda maksudnya, "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.[Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1162 (Kitab al-Radha’, Bab berkenaan hak wanita ke atas suaminya).]

Dasar ini merupakan pati dan intisari agama Islam. Maksudnya, seseorang hamba Allah hendaklah bersifat lemah lembut terhadap keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh kaum Muslimin.

"Ahli syurga ialah tiap-tiap orang yang bersifat lemah lembut dan mudah kira bicara, sedangkan ahli neraka pula ialah tiap-tiap orang yang kasar dan keras." Lalu sahabat-sahabat bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan keras itu Hai Rasulullah? Baginda menjawab, ialah orang yang bersikap kasar terhadap keluarga, sahabat handai dan terhadap kaum kerabatnya sendiri.

Firman Allah SWT maksudnya, "... Dan katakanlah kepada manusia dengan perkataan yang baik ... " iaitu tidak mengatakan sesuatu yang keji. (Surah al-Baqarah ayat 83)
Ini bererti bahawa bukan sahaja dikehendaki mengatakan perkataan yang baik malah yang lebih baik daripada itu.

Pendeknya apa saja perkataan dan perbuatan baik yang kamu suka dikata atau dibuat orang kepada kamu, maka kata dan buatlah kepada makhluk-makhluk Allah SWT. Sebaliknya apa yang kamu benci dari orang lain terhadap diri kamu, baik perkataan ataupun perbuatan yang keji, maka hendaklah kamu jauhinya kerana Allah SWT akan berbuat kepada hambaNya mengikut sifat dan perangai hamba itu terhadap makhlukNya. Balasan Allah terhadap sesuatu sifat hamba adalah dengan bentuk yang sesuai dan sewajar dengannya.

Oleh itu marilah kita berusaha menjadi mukmin yang muqarrabin dan di kasihi oleh Allah SWT. Buangkan segala sifat sombong, ego, bangga diri dan sifat-sifat mazmumah dan hiasailah akhlak kita dengan sifat-sifat mahmudah.

968. Soalan : Saya ingin bertanya dan nak tahu . Soal hukum halal/haram bersalam
Situasi ni anak didik berumur 10 thn lelaki. Dengan ustazah iaitu guru mengajar mengaji/iqrak...selesai mengaji boleh bersalam atau tidak? Baligh nya seorang lelaki umur berapa ustaz?

Jawapan :

Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Kanak-Kanak?

Secara amnya, menurut istilah para fuqaha, kanak-kanak itu ialah seseorang yang belum baligh. Baligh bermaksud kanak-kanak yang sudah cukup umur, iaitu apabila umurnya sudah mencapai 15 tahun ataupun kanak-kanak lelaki bermimpi sehingga keluar air mani, manakala kanak-kanak perempuan telah keluar haid dalam jangka umur antara 9 hingga 15 tahun.

Dari keterangan di atas, peringkat kanak-kanak itu ialah dari semenjak lahir sehingga mencapai peringkat baligh.

Terdapat dua peringkat akan dialami oleh setiap kanak-kanak normal iaitu:

1) Peringkat Belum Mumaiyiz: Bermula dari sejak kelahiran sehinggalah kanak-kanak itu mencapai umur mumaiyiz. Secara kebiasaannya kanak-kanak yang belum mumaiyiz ini berusia tidak lebih dari 7 tahun.

2) Peringkat Mumaiyiz: Bermula dari sejak kanak-kanak itu berkemampuan untuk membezakan di antara sesuatu dengan sesuatu yang lain, dapat membezakan antara sesuatu yang bermanfaat dan yang memudaratkan.

Peringkat kanak-kanak yang mencapai tahap mumaiyiz tiada had umur yang tertentu tetapi berpandukan pada kebolehannya dalam menentukan setiap perbuatan yang hendak dilakukannya. Berakhir peringkat ini apabila mencapai tahap baligh.

Dari satu sudut lagi, kanak-kanak itu ialah yang menurut kebiasaan umum tidak ada kemungkinan syahwat, lawan kepada dewasa iaitu orang yang telah mencapai had memiliki syahwat.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Syahwat?

Syahwat ialah perasaan atau naluri semulajadi yang ingin atau cenderung terhadap sesuatu dan sebahagian besarnya adalah perasaan atau naluri yang ingin atau cenderung kepada kelazatan. Oleh itu jika kanak-kanak berusia 10 tahun tidak ada syahwat maka boleh bersalaman dengan guru dewasa perempuan. 

Sebaik-baiknya tak bersalaman diantara lelaki dan perempaun yang bukan mahram walaupun kanak-kanak lelaki belum sampai usia baligh supaya kita dapat mendidiknya supaya tak di biasakan bersalaman di antara lelaki dan perempuan.

969. Soalan : Apakah hukum bermain buah dadu di dalam ajaran Islam?

Jawapan :

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan larangan bermain dadu, berikut diantaranya,

1. Dari Buraidah bin Hashib radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ لَعِبَ بِالنَّرْدَشِيرِ فَكَأَنَّمَا صَبَغَ يَدَهُ فِي لَحْمِ خِنْزِيرٍ وَدَمِهِ

“Siapa yang bermain dadu, seolah dia telah mencelupkan tangannya ke dalam daging babi bercampur darahnya.” (HR. Muslim 2260, Abu Daud 4939, dan yang lainnya).

An-Nawawi mengatakan,

وَمَعْنَى ” صَبَغَ يَده فِي لَحْم الْخِنْزِير وَدَمه فِي حَال أَكْله مِنْهُمَا ” وَهُوَ تَشْبِيه لِتَحْرِيمِهِ بِتَحْرِيمِ أَكْلهمَا

‘Yang dimaksud; mencelupkan tangannya ke dalam daging babi bercampur darahnya adalah ketika makan dua benda ini. Maka hadis ini menyerupakan haramnya main dadu sebagaimana haramnya makan daging dan darah babi.’ (Syarh Shahih Muslim, 15:16).

2. Dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ لَعِبَ بِالنَّرْدِ ، فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ

“Siapa yang bermain dadu, berarti dia telah bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Abu Daud 4938, Ibn Majah 3762 dan dinilai Hasan oleh al-Albani)

3. Dari Nafi’, murid dan manantu Ibn Umar radhiyallahu ‘anhuma, beliau menceritakan,

أن عبد الله بن عمر كان إذا وجد أحدا من أهله يلعب بالنرد، ضربه وكسرها

“Bahwa Ibnu Umar jika melihat salah satu diantara anggota keluarganya bermain dadu, beliau langsung memukulnya dan memecahkan dadu itu.” (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad. Dan dinilai shahih oleh al-Albani sampai Ibnu Umar)

4. Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawa beliau penah menyewakan rumahnya kepada seseorang. Dilaporkan kepada Aisyah bahwa ternyata penyewa rumah menyimpan dadu di rumahnya. Aisyah pun mengirim surat kepada mereka,

لئن لم تخرجوها لأخرجنكم من داري

“Jika kalian tidak membuang dadu itu, aku yang akan keluarkan kalian dari rumahku.” (HR. Malik dalam al-Muwatha’ 3519. Sanadnya dinilai Hasan oleh al-Albani).

5. Dari Kultsum bin Jabr, bahawa sahabat Abdullah bin Zubair (yang saat itu memimpin Mekah) pernah berkhutbah,

بلغني عن رجالٍ من قريشٍ يلعبون بلعبةٍ يقال لها : النردشير.. وإني أحلف بالله لا أوتى برجل لعب بها إلا عاقبته في شعرهِ وبشرهِ ، وأعطيتُ سلبهُ لمن أتاني به

“Telah sampai kepadaku berita bahwa ada beberapa orang Quraisy yang bermain dadu. Saya bersumpah demi Allah, jika ada orang yang ditangkap dan diserahkan kepadaku kerana bermain dadu, pasti akan aku hukum dari rambut sampai kulitnya. Dan orang yang melaporkan akan aku beri hadiah berupa harta yang dibawa orang itu.” (HR. al-Baihaqi dalam al-Kubro 10:216 dan dalam Sahih Adabul Mufrad dinyatakan, sanadnya hasan).

6. Sahhabat Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhuma mengatakan,

اللاعبُ بالفصين قماراً ؛ كآكلِ لحمِ الخنزيرِ ، واللاعبُ بهما غير قمارٍ ، كالغامسِ يدهُ في دمِ خنزيرٍ

“Bermain dengan dua mata dadu ini dalam rangka berjudi seperti orang yang makan daging babi. Dan orang yang bermain dengan kedua mata dadu tapi tanpa taruhan, seperti orang yang mencelupkan tangannya di darah babi. (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad, dan sadanya dishahihkan al-Albani)

7. Dari Nafi, bahwa Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu, mengatakan,

النردُ من الميسرِ

“Bermain dadu termasuk judi.” (HR. baihaqi, al-Ajuri dan sanadnya sahih).

Dari beberapa hadis dan keterangan sahabat di atas, dapat kita simpulkan:
Pertama, bermain dadu hukumnya haram, kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyerupakannya dengan menyentuh barang najis, seperti daging babi. Bahkan kata an-Nawawi, statusnya seperti makan babi.

Kedua, tidak diperbolehkan menyimpan dadu. Meskipun tidak untuk digunakan bermain. Kerana sikap para sahabat yang membuang dadu dan merosaknya

Ketiga, para sahabat menilai, bermain dadu termasuk judi, meskipun tanpa taruhan. Jika disertai taruhan, lebih terlarang lagi.

Al-Ajuri mengatakan,

واللاعبُ بهذه النرد من غيرِ قمارٍ عاصٍ للهِ عز وجل يجبُ عليه أن يتوبَ إلى الله عز وجل من لهوه بها . فإن لعب بها وقامر فهو أعظمُ لأنه أكل الميسر وهو القمارُ

“Orang yang bermain dadu tanpa taruhan judi, telah bermaksiat kepada Allah, dan dia wajib bertaubat dari permainan ini. Jika dia bermain dadu disertai taruhan, maka dosanya lebih besar, kerana dia makan hasil judi.” (Tahrim an-Nardi was Syatranji, Hal. 53).

Syaikhul Islam juga mengatakan,

وَالنَّرْدُ حَرَامٌ عِنْدَ الْأَئِمَّةِ الْأَرْبَعَةِ سَوَاءٌ كَانَ بِعِوَضٍ أَوْ غَيْرِ عِوَضٍ

“Bermain dadu hukumnya haram menurut imam 4 mazhab, baik dengan taruhan maupun tanpa taruhan.” (Majmu’ Fatawa, 32:244)

Keempat, para sahabat mengingkari keras orang yang bermain dadu. Dan ini termasuk kebiasaan mereka yang hampir tidak lagi kita temukan di zaman sekarang.

Kelima, orang yang bermain dadu dianggap sebagai orang yang jatuh wibawanya, sehingga persaksiannya tidak diterima.

As-Saerozi (ulama syafiiyah) mengatakan,

ويحرمُ اللعبُ بالنردِ ، وتُردُ به الشهادةُ

Haram bermain dadu dan persaksiannnya ditolak. (al-Muhadzab, 3:436)

Setelah memahami ini, seharusnya kita merasa heran ketika ada orang yang melestarikan permainan dadu dengan ular tangga, dan mereka namakan ular tangga islami?

Muhammad Rasyid Ridha Menjelaskan tentang Dadu.

انه كالازلام يعول فيه على ترك الأسباب والاعتماد على الخط والبخت، فهو يضر بذلك ويغري بالكسل والاتكال على ما يجيء به القدر، أي: فيه معنى الميسر المبني على الكسب بالخط والنصيب دون العمل والجد، وما أشد إفساد هذا في الأمم؟! وما أبعده عن الاسلام الذي يهدي الي الجد والسعي والعمل

Dadu sebagaimana azlam (mengundi dengan anak panah). Mengajak manusia untuk meninggalkan usaha dan bersandar pada tulisan dan ramalan. Ini membahayakan dan memotivasi orang untuk malas dan pasrah terhadap apa yang diterima, ertinya semakna dengan judi. Permainan yang dibangun di atas prinsip dapat harta dengan tulisan dan peluang menang, tanpa bekerja dan berusaha. Sungguh betapa berbahayanya permainan ini bagi masyarakat!! Sangat berbeda dengan islam, yang mengajarkan untuk sungguh-sungguh dalam berusaha dan bekerja. (Fatawa Muhammad Rasyid Ridha, 3/1167)

970. Soalan : Ustaz..saya nak tanya, apa hukum wang persaraan KWSP dan ASB yang setiap tahun ada dividen..halal atau haram..mohon pencerahan..terima kasih..

Jawapan :

Ust Zaharuddin Abd Rahman (UZAR): memberikan penjelasaan : 
Bezanya adalah :-

1- ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atau tidak, tetapi KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB. Justeru, pencarum tidak berdosa atas apa jua pelaburan yang dibuat oleh KWSP kerana ia bukanlah pilihan mereka, mereka juga meletakkan wang di KWSP juga bukan atas pilihan tetapi kewajiban yang ditentukan kerajaan.

2- ASB adalah instrument yang disediakan dengan tujuan untuk pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orang yang menyertainya adalah dengan niat melabur, serta menggunakan aqad pelaburan (secara sedar atau tidak) dan ingin mendapatkan untung hasil darinya kelak.

KWSP pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad simpanan wadi'ah (safe keeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnya sendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah.

Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan.

Hukum Pelaboran ASB /ASN :

Menurut Fatwa Negeri Selangor bahawa pelaburan di dalam ASB dan ASN adalah tidak halal kerana terdapat aktiviti pelaburan yang bercampur-campur yang patuh syariah dan juga yang tidak patuh syariah.

Keputusan fatwa tersebut adalah seperti berikut : 

"Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-    

Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

    ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال 

Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”     

Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.  

Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Satu kenyataan dari ketua Islamic Capital Market Department, Mohd Radzuan Ahmad Tajuddin telah mengeluarkan surat kepada sebuah bank pada 12/2/2009 mengatakan bahawa ASB dan ASN telah tidak mematuhi garis panduan patuh syariah dalam Islamic Unit Trust Fund.


Kalau wang haram, maka menggunakan atau memakannya adalah haram. Oleh itu wang keuntungan yang haram eloklah diserahkan kepada Baitumal, digunakan untuk kepentingan awam. atau di berikan kepada fakir miskin atau untuk projek kegunaan orang awam seperti baiki jalanraya, pondok perhentian bas, longkang dan tandas awam.





No comments:

Post a Comment