Tuesday, March 17, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 232 (Tafsir Surah An-Najm Ayat 39, Hukum Aqiqah Selepas Baligh, Memakan Masakan Orang Yang Tak Solat, Masaalah Remaja Kesunyian, Dan Kelebihan Bersugi.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 232 adalah menjelaskan persoalan tafsir surah an-Najm ayat 39, hukum aqiqah selepas baligh, memakan masakan orang yang tak solat, masaalah remaja kesunyian, dan kelebihan bersugi.

1116. Soalan : Ustaz minta tolong pencerahan tentang dalil Surah an-Najm ayat 39 ni kerana ramai orang persoalkan tentang ini.

Jawapan :

: Firman Allah SWT :

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى (39) 

Maksudnya, "Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,(Surah an-Najm (53) ayat 39)

Huraiannya :

Pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa atas perbuatan yang baik manusia itu hanya memperoleh ganjaran dari usahanya sendiri. Sebagaimana hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda: 

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: ولد صالح يدعو له وصدقة جارية من بعده وعلم ينتفع به 

Maksudnya, "Apabila seorang anak Adam meninggal dunia putuslah semua amal perbuatan (yang menyampaikan pahala kepadanya) kecuali tiga perkara, anak yang soleh yang berdoa kepadanya, sedekah jariah (wakaf) sesudahnya dan ilmu yang dapat diambil manfaat dari padanya. (H.R. Muslim) 

Sebenarnya ini semua termasuk usaha seseorang, jerih payahnya, sebagaimana tersebut dalam hadis (Lihat Tafsir Al Maragi, hal. 66, juz 29, jilid IX) 

إن أطيب ما أكل الرجل من كسبه وإن ولد الرجل من كسبه 

Maksudnya, "Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang adalah hasil usahanya sendiri dan anaknya termasuk usahanya juga."

Doa anak soleh makbul di sisi Allah SWT. Bukan sahaja doa tetapi semua amal soleh yang di kerjakan oleh anak-anak si mati lelaki dan wanita. Berakhlak dengan akhlak Islam, menghayati Islam di dalam kehidupan, berdakwah dan berjuang di jalan Allah SWT maka ibu bapa nya yang berada di alam barzakh akan mendapat pahala kerana semasa di dunia dulu arwah telah mendidik anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. 

Sedekah jariah seperti wakaf adalah bekas usahanya, 

Allah berfirman: 

إنا نحن نحيي الموتى ونكتب ما قدموا وآثارهم 

Maksudnya, "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan."(Surah Yasin ayat 12) 

Ilmu yang disebarkan lalu orang-orang mengikutinya dan mengamalkannya termasuk juga usahanya. Dan telah diriwayatkan di antaranya hadis sahih: 

من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجر من اتبعه من غير أن ينقص ذلك من أجورهم شيئا 

Maksudnya, "Orang yang mengajak kepada suatu petunjuk maka baginya pahala yang serupa dengan pahala orang yang mengikut petunjuknya itu, tanpa mengurangi pahala orang yang mengikuti sedikitpun." (H.R. Muslim) 

Imam Ahmad bin Hanbal dan golongan besar dari para ulama Syafi'i berpendapat bahwa pahala bacaan sampai kepada orang mati, apabila pembacanya niatkan pahala tersebut untuk si mati.

1117. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan hukum buat aqiqah anak yang baru di lahirkan bila waktu yang paling afdhal. Dan adakah anak yang telah baligh boleh lagi di buatkan aqiqah?

Jawapan : 

Jika anak sudah baligh maka sudah gugur tanggungjawab ibu bapa untuk mengaqiqahkan anak-anak mereka. Had umur menurut pandangan ulama adalah sebelum anak tersebut baligh. Aqiqah yang paling afdhal adalah ketika umur anak 7 hari, di berikan nama, di cukur rambutnya dan di tahnik. Waktu yang lain adalah ketika berumur 14 dan 21 hari. 

Allah SWT Maha Mengetahui kita tak mampu nak buat aqiqah untuk anak sehingga dia mencapai umur baligh. Setelah terlepas aqiqah maka amal ibadah yang paling afdhal adalah berkorban pada hari raya Haji atau hari Tasrik (11, 12 & 13 Zulhijjah).

 Pendapat yang mengatakan boleh di aqiqahkan selepas baligh adalah dhaif iaitu mengaqiqah untuk dirinya sendiri.

Mereka berdalil dengan hadis :

أن النبي صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعد النبوة

”Bahwasannya Nabi Sallallaahu ’Alaihi Wasallam mengaqiqahi dirinya sendiri setelah nubuwwah (diangkat menjadi nabi)”.

Hadis ini pun dla’if .[Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi 9/300 no. 19273 dari jalur ‘Abdurrazzaq, dan hadits ini diriwayatkan dalam Mushannaf-nya no. 7960; dari ’Abdullah bin Muharrar, dari Qatadah, dari Anas radliyallaahu ’anhu.]

Al-Baihaqi menegaskan bahwa hadits ini munkar, kemudian beliau menyebutkan sanadnya dan berkata : ”’Abdurrazzaq berkata : Para ulama tidak memakai riwayat dari ’Abdullah bin Muharrar dikarenakan kondisi hadits ini” [As-Sunan Al-Kubraa 9/300].

Al-Bazzar berkata : ”Hadits ini hanya diriwayatkan melalui jalur ’Abdullah bin Muharrar dan ia adalah perawi yang sangat lemah” [Zawaaid no. 1237]. ’Abdullah bin Muharrar adalahmatrukul-hadiits sebagaimana dikatakan oleh Ad-Daruquthni dan selainnya. Adapun Abusy-Syaikh meriwayatkan dari Isma’il bin Muslim. Dia adalah perawi lemah. Ibnu Hajar berkata mengenai hadits yang dibawakan Abusy-Syaikh : ”Barangkali Isma’il mencuri hadits ini dari ’Abdullah bin Muharrar” [lihat Fathul-Baariy oleh Ibnu Hajar 9/595].

Selain itu, kelemahan hadits ini juga terletak pada ’an’anah dari Qatadah.
Diriwayatkan pula oleh Ath-Thabarani dalam Al-Ausath no. 994, Ath-Thahawi dalam Al-Musykil1/461, dan yang lainnya dari jalan Al-Haitsam bin Jamil, dari ’Abdullah bin Al-Mutsanna, dari Tsumamah, dari Anas bin Malik radliyallaahu ’anhu. Al-Hafidh mengatakan bahwa sanad hadits ini kuat (hasan) karena ’Abdullah bin Al-Mutsanna merupakan rawi yang dicantumkan Al-Bukhari dalam Shahih-nya.

Akan tetapi tahsin atas ’Abdullah bin Al-Mutsanna ini harus ditinjau kembali. Benar bahwasannya ia merupakan perawi yang dipakai oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya. Akan tetapi hafalannya tidak kuat sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafidh dalam At-Taqrib (hal. 540 no. 3596 – Daarul-’Ashimah) : ”Shaduq, namun banyak keliru”. 

Yang menguatkan kekeliruannya dalam hadits ini adalah bahwa Ath-Thahawi dalam Al-Musykil meriwayatkan dari Al-Husain bin Nashr, diriwayatkan pula oleh Al-Khallal (dalam Al-Jaami’) dari Muhammad bin ’Auf; keduanya – yaitu Al-Husain dan Muhammad – dari Al-Haitsam, dari ’Abdullah bin Al-Mutsanna, dari seorang laki-laki dari keluarga Anas. Ia (’Abdullah bin Al-Mutsanna) tidak menyebutkan nama laki-laki dari keluarga Anas tersebut, kemudian ia menyebutkan hadits dengan sanad yang mursal. Ini merupakan ’illah qaadlihah (cacat yang merusak keshahihan hadits). 

An-Nawawi berkata dalam kitab Al-Majmuu’ (8/431) bahwa hadits ini bathil.
Catatan : Asy-Syaikh Al-Albani menghasankan hadits ini dalam Silsilah Ash-Shahiihah no. 2726. Akan tetapi penghukuman beliau atas hadits ini perlu ditinjau kembali.

Hadis yang membenarkan aqiqah setelah baligh adalah hadis dhaif itu saja. Mereka berlandaskan hadis ini : ”Bahwasannya Nabi Sallallaahu ’Alaihi Wasallam mengaqiqahi dirinya sendiri setelah nubuwwah (diangkat menjadi nabi)”.

Hadis ini dla’if .[Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi 9/300 no. 19273 dari jalur ‘Abdurrazzaq, dan hadits ini diriwayatkan dalam Mushannaf-nya no. 7960; dari ’Abdullah bin Muharrar, dari Qatadah, dari Anas radliyallaahu ’anhu.] 

Sebahagian ulama mengatakan hadis ini tak sahih. Imam An-Nawawi berkata dalam kitab Al-Majmuu’ (8/431) bahawa hadis ini bathil. Oleh kerana hadis ini tidak sahih maka jelaslah tidak ada aqiqah anak yang telah mencapai umur baligh atau pun orang dewasa yang belum aqiqah tak perlu aqiqah buat korban saja di hari raya korban.

1118. Soalan : Bolehkah kita makan masakan orang Islam yang tak solat?

Jawapan : 

Rasulullah pernah terima undangan Yahudi di Madinah dan pernah makan masakan mereka , jika di kira Yahudi itu adalah orang kafir tetapi baginda tetap memakannya kerana baginda sudah pasti makanan tersebut halal. Jika nak di kira orang kafir lebih teruk daripada orang Islam yang tak solat. Maka cuba semak balik hadis atau kisah makanan orang yang tak solat itu lebih teruk daripada anjing hitam samada ianya sahih atau palsu.

Secara umumnya memakan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan (halal) jika makanan tersebut tidak terdiri daripada makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai (binatang yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara syarie) dan sebagainya. Oleh itu, kita boleh menerima bahkan memakan makanan tersebut jika pada zahirnya ia adalah makanan yang bukan dibuat daripada atau kandungannya mengandungi elemen yang haram sebagaimana disebutkan, walaupun makanan itu dibuat atau dimasak atau disediakan oleh mereka sendiri.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut.

TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, dan orang fasik (kerana tak solat), selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.

Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.

Orang Kafir Najis

Firman Allah S.W.T.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah ayat 28]

Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah SWT.

Berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi :-

“Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.
Malah kata al-Qaradhawi di dalam riwayat Sahih bahawa Nabi SAW dan para sahabat pernah minum dan mengambil wuduk dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.

Kesimpulannya, anda boleh makan makanan yang dimasak oleh orang kafir selagimana kandungan makanan tersebut halal dimakan. Sentuhan orang kafir BUKAN najis. Yang berbeza dengan kita hanyalah aqidah mereka sahaja. Jika makanan dan masakkan orang kafir di bolehkan maka masakan orang islam yang fasik kerana tak solat adalah di bolehkan.

Boleh makan tetapi jika ada kedai makan yang penjualnya muslim yang menutup aurat dan suaminya nampak warak kita utamakanlah kedai makan seperti ini kerana kita mengutamakan orang yang lebih bertakwa.

1119. Soalan : Ustaz, saya seorang remaja, namun saya selalu merasa kesepian yang sangat.... kelam..... tidak ada yang mau berteman dengan saya.... setiap ada yang berteman dengan saya selalu ada saja yang membuatnya menjauh..... .Bagaimana solusi menurut ustaz?

Jawapan :

Seorang remaja perlu di isi alam remaja dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Cuba menjadi rakan masjid kerana setiap masjid ada aktiviti-aktiviti khusus untuk remaja. Atau pun gabungkan diri dengan NGO Islam. Gunakanlah masa remaja saudara dengan perkara yang bermanfaat kerana alam remaja datang sekali saja dan tak akan datang berulang untuk kali kedua. 

Banyakkan menuntut ilmu fardu ain yang di adakah di masjid-masjid dan cuba gunakan masa remaja ini untuk beribadah dan beramal soleh. Ramai orang silap bila bertaubat saja mestilah orang yg sudah pencen sedangkan jika semasa remaja sentiasa bertaubat dan berilmu maka dia akan menjadi orang dewasa yang berakhlak dengan akhlak yang mulia.

 Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari kiamat.

عن أبي هريرة عن النبي قال: «سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظلَّ إلى ظله, إمام عادل, وشاب نشأ في عبادة الله, ورجل قلبه معلق بالمساجد, ورجلان تحابَّا في الله, اجتمعا عليه وتفرقا عليه, ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال: إني أخاف الله رب العالمين, ورجل تصدَّق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه, ورجل ذكر الله خاليًا ففاضت عيناه». رواه البخاري ومسلم.

Dari Abu Hurairah semoga Allah meridhainya, dari Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam, baginda bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan di naungi Allah pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naunganNya;

1. Pemimpin yang adil, 

2. Seorang pemuda yang tumbuh dalam ketaatan kepada Allah, 

3. Seorang laki-laki yang hatinya selalu terikat dengan masjid, 

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah,

5. Laki-laki yang di goda oleh seorang perempuan yang cantik jelita dan memiliki kedudukan, namun dia mengatakan: 'Sesungguhnya aku takut kepada Allah Rabb semesta alam,

6. Seorang laki-laki yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sampai tangan kirinya sendiri tidak mengetahui apa yang di sedekahkan oleh tangan kananya, dan 

7. Seorang yang ketika sendirian ingat kepada Allah lalu meneteskan air mata kerana takut kepadaNya".(HR Bukhari dan Muslim.) 

Cuba lihat golongan ke 2, khusus untuk remaja atau pemuda, "seorang pemuda yang tumbuh dalam ketaatan kepada Allah SWT"

5 PERKARA AKAN DITANYA DI AKHIRAT

قالَ رسولُ اللهِ صلى اللهُ عليهِ وسلمَ: “لا تزولُ قَدَمَا عَبْدٍ يومَ القيامةِ حتى يُسألَ عنْ أربع ٍ عنْ عُمُرِهِ فيما أفناهُ وعنْ جسدِه فيما أبْلاهُ وعنْ مالهِ مِنْ أيْنَ أخذهُ وفيما أنْفَقَهُ وعنْ عِلمِهِ ماذا عَمِلَ بهِ”.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud ; Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan Allah. sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban & Tarmizi ). 

Untuk para remaja kamu akan di tanya waktu muda kamu di habiskan kemana? Jika buat perkara tak berfaedah dan maksiat semasa muda semuanya akan di soal siasat dan di tanya, jika membawa kebaikan dan berfaedah maka akan terlepas persoalan tersebut.

1120. Soalan : Ustaz saya nak tanya apakah kelebihan bersugi/bersiwak dalam islam.?

Jawapan :

Bersugi dan bersiwak adalah sunat yang di tuntut. Terutama apabila nak mengerjakan solat 5 waktu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siwak dapat membersihkan mulut dan membuat Tuhan senang.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Aisyah).

Begitulah hebatnya Rasulullah SAW sehingga isu pemeliharaan dan penjagaan kesihatan diambil berat terhadap umatnya.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kalaulah tidak memberatkan bagi umatku, maka aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali ingin mendirikan solat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Abu Daud, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan ayah Miqdam bin Syarih ada mengatakan, yang dia bertanyakan kepada Aisyah, apakah yang dilakukan Rasulullah pertama sekali jika memasuki rumah: Jawab Aisyah, “Bersugi (bersiwak)”.

Malah, semasa menjalani ibadah puasa Rasulullah sering bersiwak. Ini adalah sunnah yang bukan saja mendapat pahala, malah mendatangkan manfaat besar untuk kesihatan.

Imam Ahmad melaporkan berkenaan kerapnya Rasulullah bersiwak walaupun dalam keadaan berpuasa. Daripada Ibnu Amir bin Rabi’ah, “Saya melihat Rasulullah berkali-kali bersiwak dalam keadaan berpuasa tidak dapat saya hitung dan kesan.”

Ketika berpuasa, mikrobakteria cepat membiak di dalam mulut seseorang. Sebenarnya dalam mulut manusia terdapat cecair ludah melekat di bahagian lelangit dan gigi.

Keadaan itu akan menghasilkan satu lapisan yang sangat halus sehingga mikrobakteria melekat dengan cepat sekali. Oleh itu, lelangit dan gigi sangat perlu kepada penjagaan sempurna setiap hari.

Mulut dan gigi adalah kurniaan Allah yang diciptakan khusus bagi kemudahan hamba-Nya dalam sistem pencernaan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Bersiwaklah (dalam berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” (Hadis riwayat at-Tabrani)



No comments:

Post a Comment