Friday, December 25, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 249 (Tanda-tanda Husnul Khatimah, Jual Beli Duit, Zakat Kelapa Sawit, Hadis Palsu Potong Kuku, dan Cerai Ta'liq.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    


Tanyalah Ustaz Siri 249 adalah menjelaskan tanda-tanda husnul khatimah, jual beli duit, zakat kelapa sawit, hadis palsu potong kuku, dan cerai ta'liq.

1201. Soalan : Apakan tanda-tanda seseorang akan mendapat husnul khatimah?

Jawapan :

Terdapat tanda-tanda husnul khatimah sebelum kematian seseorang mukmin. Bagi orang yang meninggal dalam keadaan husnul khatimah mempunyai tanda-tanda tertentu yang sepatutnya diketahui oleh setiap individu, terutama kalangan umat Islam.

Tanda-tanda tersebut, di antaranya sebagai berikut.

Pertama. Mengucapkan kalimat tauhid (syahadah). Nabi SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang di akhir hayatnya mengucapkan La ilaha illallah (tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah, kecuali Allah SWT), maka ia masuk syurga.” (HR Abu Daud).

Kedua. Dahi atau keningnya berkeringat.

Sebuah hadis riwayat dari Buraidah bin Hashib r.a, dia berada di Khurasan. Lalu, saudaranya kembali kepadanya dalam keadaan sakit sehingga ia sempat menyaksikan kematiannya.

Saat saudaranya meninggal dunia, ia melihat keringat keluar dari dahinya, dan berkata, “Allahu Akbar”. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Meninggalnya seorang Mukmin ditandai dengan keringat di dahinya.” (HR Tirmizi, Nasa’i, dan Ibn Majah).

Ketiga. Mati syahid.

Ada lima macam mati syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW, yakni disebabkan wabah (al-math’un), sakit perut ( al-mabthun), karam atau tenggelam (al-ghariq), tertimpa tanah runtuh (shahibul hadm), dan syahid dalam perang di jalan Allah. (HR Bukhari dan Muslim).

Itulah di antara tanda-tanda meninggal dunia secara husnul khatimah yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kelak kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (akhir yang baik), yakni golongan yang memperoleh hakikat kebahagiaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Wallahu a'lam.

1202. Soalan : Saya ada soalan berkaitan jual beli duit. Apakah hukum kita beli duit seperti jika bank negara umumkan menjual duit matawang baru yang mempunyai no siri yang unik. Duit ini akan dijual dengan harga yang tinggi. Maka berlaku pembelian duit dengan duit yang tidak sama nilainya. Minta komen ustaz berkaitan situasi ini Jazakallahu khairan katsira.

Jawapan :


Hukum asal ia akan jadi riba kerana illah pengharaman masih ada, iaitu Illah asal adalah apabila duit dari jenis RM ditukar dengan RM juga namun dengan jumlah berbeza, pada keadaan biasa ia akan menjadi Riba al-fadhl.

Namun dalam kes nombor siri istimewa, pembelian tersebut boleh terkecuali dari pengharaman atas sebab berikut :-


1. Pembeli membeli matawang terbabit dengan nilai yang lebih tinggi adalah kerana nombor siri duit itu, maka sasaran pembeli adalah kepada keunikan dan bukan sekadar menukar duit. Justeru berdasarkan kefahaman fuqaha yang menyebut :


انما المقصود منه ذاته لا ماله والمال وقع تبعا
 

Ertinya : Sesungguhnya maksud utama darinya adalah zat item itu dan bukan pada aspek matwangnya, justeru aspek matwang itu telah menjadi hal yang mengikut (tabi’) atau ‘secondary’. (Rujuk al-Qabas Syarh al-Muwatta’, 2/805)

Atas asbab itu, wujud kaedah fiqhiyah yang berdasarkan hadis-hadis Nabi ada menyebutkan bahawa “dimaafkan apabila ia berlaku pada perkara mengikut namun tidak pada utama” (rujuk Al-Ashbah wa al-Nazair, Al-Suyuti, hlm 120).

Dalam hal duit bernombor unik tadi, boleh difahami bahawa ia dibeli kerana keunikannya dan bukan kerana sifat duitnya. Atas sebab itu, perbezaan nilai pertukaran itu adalah dimaafkan dan tidak dianggap riba kerana ia dikira pertukaran antara duit RM dan komoditi.


2. Ghalib zan (besar anggapan) bahawa pembeli akan gunakan wang unik atau ‘collectible item’ yang dibeli sebagai barang antik atau unik serta bukannya sebagai matawang biasa lagi. Ketika itu, pertukaran antara RM 10 bernombor unik dengan RM 1000 sebagai contoh ditukar atas dasar yang lain, diumpamakan seperti kes yag pernah disebut dalam fiqh mazhab Maliki iaitu pertukaran di antara emas dengan emas yang tetapi bukan berdasarkan beratnya tetapi mengikut jumlah walaupun dengan perbezaan sedikit pada timbangan beratnya. Ketika itu, pertukaran tidak mengikut cara biasa iaitu menggunakan timbangan berat emas dengan emas, namun kali ini digunakan al-Rifq dan makruf justeru ia tidak riba

علي وجه الرفق والمعروف لا المكايسة
 

Ertinya : Atas dasar belas ihsan dan toleransi dan bukan atas dasar timbangan. (Manh al-Jalil, 2/528 )

Kesimpulannya, harus dan tidak riba membeli RM 10 yang bernombor unik dengan RM 1000 atau mana nilai selain RM 10. Ia juga tidak termasuk dalam kategori forex trading yang diharamkan.

Juga lebih baik dijual menggunakan matawang asing bagi mengelakkan sebarang risiko riba, kerana menukar dua matawang berbeza negaranya adalah harus lebih berbeza nilainya.

Sekiranya kemudian ia ingin digunakan oleh penyimpan atas sebab-sebab memerluan tunai, pemilik boleh menjualnya sebagai komoditi semula dan tidak menggunakan sebagai matawang kerana ia merugikan selain boleh mencetuskan syubah kerana ia sepatutnya dianggap sepenuhnya sebagai komoditi khas dan bukan lagi matawang.

Manakala menjual matawang lama dan dianggap unik yang sudah tidak lagi dalam 'circulation' atau tidak lagi dianggap punyai nilai matawang, ia juga harus dijual beli dengan sebarang nilai kerana ia telah dianggap komoditi sepenuhnya.

(Jawapan ini di berikan oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman)


1203. Soalan : Adakah penghasilan kelapa sawit di kenakan zakat?

Jawapan : 

Zakat Penghasilan Kebun Kelapa Sawit

Dasar hukum zakat pertanian atau perkebunan iaitu: “dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakat kepada fakir miskin).." (Surah Al-An’am (6) ayat 141) 


Menurut Abu Hanifah bahawa banyak atau sedikit hasil tanaman yang tumbuh di bumi wajib dikeluarkan zakatnya, jadi tidak ada nisab. 

Sedangkan jumhur ulama Syafi’i, Ahmad bin Hambali, Malik dan Mahmud Syaltut berpendapat bahawa semua tanaman yang mengenyangkan (memberi kekuatan), boleh disimpan (padi, kelapa sawit, jagung dsb.) dan diolah manusia wajib dikeluarkan zakatnya.

Didin Hafidhuddin menegaskan bahawa sektor-sektor ekonomi modern merupakan barang zakat yang brpotensi. Misalnya penghasilan yang diperoleh dari keahlian, peternakan ayam, lebah, perkebunan (kelapa sawit), usaha-usaha properti, dan surat-surat berharga seperti saham, dan lainnya

Menurut ulama kontempolari zakat perkebunan kelapa sawit ada dua pendapat ulama; 

Pertama ada yang meletakkan sebagai zakat pertanian dan 

Kedua, ada yang meletakkan sebagai zakat perniagaan.

Pertama ada yang meletakkan sebagai zakat pertanian bererti zakat langsung ditunaikan saat memetik atau menjual dan cukup nishab (653 Kg). 

Kadar zakat hasil bumi adalah jika pengairannya atas jerih payah si penanam maka zakatnya 5% (lima persen). Akan tetapi jika pengairannya dengan air hujan, air sungai, air irigasi yang kesemuanya itu si penanam tidak berusaha apa apa maka zakatnya 10% (sepuluh persen).

Hal ini senada dengan sabda Rasulullah SAW: Dari Salim Ibnu Abdullah, dari ayahnya r.a, bahwa Nabi SAW bersabda: "Tanaman yang disiram dengan air hujan atau dengan sumber air atau dengan pengisapan air dari tanah, zakatnya sepersepuluh (10%), dan tanaman yang disiram dengan tenaga manusia, zakatnya seperduapuluh (5%). " [HR. Bukhari]. "Tanaman yang (hasilnya) kurang dari lima wasaq tidak wajib dizakati." (HR. Bukhori Muslim) 

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya,“Bayarlah zakat kekayaan kalian ” (HR. ِAt-Tirmidzi)

Simulasi contoh A: 

Harun menanam kelapa sawit seluas 4 hektar sekitar 25.000 Kg (bererti hasilnya lebih dari nishab 653 Kg) Maka, Harun wajib mengeluarkan zakatnya sebesar 5%, karena adanya sistem pengairan dan adanya biaya upah dan pupuk yang digunakan. Adapun zakat yang mesti dikeluarkannya ialah 25.000 Kg x 5% = 1.250 Kg. 

Menurut ulama boleh juga menunaikannya dengan seharga wang, dengan simulasi perhitungannya sebagai berikut: 

Kedua, ada yang meletakkan sebagai zakat perniagaan kerana umumnya usaha kebun kelapa sawit di Malaysia dalam bentuk perusahaan/perniagaan. Nishabnya 85 gram emas dan kadar persentase 2,5%. Sehingga dalam zakat perniagaan dikenal adanya haul jika perusahaan/perniagaan kelapa sawit cukup nisab wajib zakat, demikian juga kalau petani ikut perdagangan dengan menggunakan kaedah haul dan cukup nishab. "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar mengeluarkan zakat dari semua yang kami persiapkan untuk berdagang." ( HR. Abu Dawud )


1204. Soalan : Mohon pencerahan ustaz ..tapi saya memang tidak percaya dengan hari-hari tertentu  ada fadilat memotong kuku..bukan islam itu indah? mohon pencerahan ustaz ..terima kasih

Jawapan :
 
 "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
 
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
 
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) . al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan penyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh. al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

"Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Kesimpulan:

1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
 
2. Apa yg thabit/sahih adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut. Wallahu a'lam.
 
1205 : Soalan  : Sekiranya si suami bertakliq " sekiranya keluar rumah mesti ditemani, jika tidak jatuh talak"...akan tetapi suami juga bertakliq sebulan selepas itu " jika terlupa maka tidak jatuh talak"...

Adakah takliq kedua itu diterima?
 
Jawapan :  
 
Majoriti ( Jumhur) para ulama Islam silam ( termasuk ulama dari 4 mazhab) dan kini menyebut bahawa lafaz ta'liq tidak boleh di batalkan lagi apabila telah diucapkan, niat si suami juga tidak perlukan untuk dipastikan dalam konteks lafaz yang sebegini terang dan jelas ( kecuali beberapa pandangan seperti Syeikhul Islam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim yang menyebut kecuali jika lafaz ta'liq tadi diniatkan oleh suami sebagai lafaz sumpah untuk menunjukkan tegahan yang amat amat serius dan bukan untuk menceraikan jika ia melanggarnya. Bagaimanapun pengecualian ini sukar untuk dibayangkan berlaku di suasana Malaysia kerana ia adalah suasana orang Arab sahaja yang sememangnya kerap bermain dengan sumpah seperti ini. Lafaz ta'liq kedua tidak boleh membatalkan lafaz ta'liq pertama. Kerana lafaz ta'liq pertama tetap berjalan itu sebab saya kata lafaz ta'lq tidak boleh di batalkan atau pun di tarik balik. Lafaz ta'liq kedua adalah baru, sedangkan lafaz ta'liq pertama masih berkuat kuasa.

Hasilnya, menurut 4 mazhab ; apabila si isteri keluar mesti di temani jika tidak maka jatuh talak.dan suami isteri itu perlulah Ruju' kembali dan hilanglah satu kuota talaq yang dimiliki oleh suami.

Wallahu a'lam..dalam hal di Malaysia, Mahkamah Syariah di Malaysia juga mengambil pandangan majoriti Mazhab. Iaitu talaq Ta'liq TIDAK BOLEH DI TARIK BALIK. , LAFAZ TA'LIQ KEDUA TIDAK SAH.


8 comments:

  1. Asalamualaikum ..ustaz, saye nk tanye..hari tu sye pergi potostat sijil untuk urusan mahkamah ..jatuh kah talak " tokey potostat tu tanya saye, untuk apa potostat sijil2 ni? Saye terjawab : untuk urusan cerai...tapi mmg utk urusan itu..dan skrang istri saye nk balik semula dgn sye...tp kami msih dlm proses mahkamah..mohon penjelasan ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok mbah PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  2. asalamualaikum..ustaz sya nk tnye , jatuh kah talak.. bile suami ucapkn dalm talian tel.. (sya boleh je lepaskn awak nt sy bgthu n kakk awak) pde pertengkran sy n suami sy pde hri tu.. tpi pde waktu tu sy bru prgnant 2buln. jatuh kah talak ustaz...?

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum..ustaz sya nk tnye , jatuh kah talak.. bile suami ucapkn dalm talian tel.. (sya boleh je lepaskn awak nt sy bgthu n kakk awak) pde pertengkran sy n suami sy pde hri tu.. tpi pde waktu tu sy bru prgnant 2buln. jatuh kah talak ustaz...?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz...saya nk tnya..mcm mna kita nk dptkan kemanisan iman yg sebenarnya?dan mcm mna saya nk elakkan diri dan hati saya dr takabbur/riak dlm melakukan ibadat?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.. ustaz saya nak tanya apa kah hukum nya memakaikan kucing peliharaan baju.. sebagai contoh semasa menyambut hari raya kerana kita menganggap kucing tu sebahagian dr ahli keluarga kita maka kita pun membuatkan baju melayu yg sama dgn kita atas sebab untuk menyambut hari bahgia dan mulia ni bersama2 kucing krsayangan kita ni.. tolong ustaz perjelaskan apakah hukum perbuatan tersebut

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.. ustaz saya nak tanya apa kah hukum nya memakaikan kucing peliharaan baju.. sebagai contoh semasa menyambut hari raya kerana kita menganggap kucing tu sebahagian dr ahli keluarga kita maka kita pun membuatkan baju melayu yg sama dgn kita atas sebab untuk menyambut hari bahgia dan mulia ni bersama2 kucing krsayangan kita ni.. tolong ustaz perjelaskan apakah hukum perbuatan tersebut

    ReplyDelete
  7. Saya nak tanya untuk kepastian..assalammualaikum..saya nk tahu jwpan tepat..saya bertengkar mulut dngan isteri..pada masa yg sama..sy telah sebut sekiranya (nama isteri) tidak meminta maaf kepada saya dalam masa 3 hr,saya akan ceraikan talak 1..tetapi masa yg sama dalam 30 minit lbih kurang..isteri telah meminta maaf..sy maafkan isteri..jd skrg ni sy was2..adakah perkataan sy tu boleh menjatuhkan talak @ tidak

    ReplyDelete